Rihanna timang cahaya mata perempuan, namakan Rocki Irish Mayers

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI antarabangsa dan usahawan ternama, Rihanna selamat melahirkan anak ketiganya, seorang bayi perempuan yang diberi nama Rocki Irish Mayers.

Berita gembira itu dikongsi bintang berusia 34 tahun tersebut menerusi akaun Instagram rasminya dengan memuat naik foto cahaya mata baharu itu.

Rihanna dan pasangannya, penyanyi rap serta usahawan, A$AP Rocky, sebelum ini sudah dikurniakan dua anak lelaki iaitu RZA yang lahir pada 2022 dan Riot pada 2023.

Rihanna sudah mempunyai dua anak lelaki bersama Rocky.
Rihanna sudah mempunyai dua anak lelaki bersama Rocky.

Mengikuti tradisi menampilkan gaya fesyen tersendiri ketika berbadan dua, Rihanna memperkenalkan kehamilannya yang ketiga pada Mei lalu ketika menghadiri acara berprestij Met Gala 2025.

Dalam wawancara bersama British Vogue pada 2020, pelantun Umbrella itu pernah menyatakan impiannya untuk memiliki tiga atau empat orang anak dalam tempoh 10 tahun.

“Yang paling penting adalah kebahagiaan. Satu-satunya hubungan sihat antara ibu bapa dan anak ialah kasih sayang, kerana hanya itu yang benar-benar boleh membesarkan seorang anak,” katanya.

Rihanna dan A$AP Rocky, 33, sudah lama bersahabat sebelum mengumumkan hubungan cinta mereka pada 2021. Dalam satu temu bual bersama GQ, Rocky menggelar Rihanna sebagai 'the love of my life' dan menegaskan, menjadi seorang bapa adalah sebahagian daripada takdirnya.

Dalam wawancara berasingan bersama Vogue April lalu, Rocky turut menzahirkan rasa cintanya terhadap Rihanna yang disifatkan sebagai 'internal, external, infinite, the past, the future.'

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang