Siapa Fan Bingbing? 5 info menarik aktres China kini bergelar Datuk, terima Darjah Pangkuan Seri Melaka
PELAKON tersohor dari China, Fan Bingbing, kini secara rasmi bergelar Datuk selepas menerima penganugerahan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) sempena ulang tahun hari jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam pada Ahad.
Sempena sambutan ke-76 Tun Mohd Ali Rustam, Fan tampil dengan sepersalinan kurung moden dengan menerima selempang dan dan lencana kebesaran.
Memetik Bernama, Fan dilantik sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka dan kehadirannya selama tiga hari pada Jun 2024 berjaya melonjakkan sektor pelancongan negeri apabila terdapat 1.2 bilion carian mengenai dirinya dan Melaka.
Artikel penuh:
- Remy Ishak kini bergelar Datuk, jadi suntikan semangat. 'Tak pernah bermimpi, hadiah selepas 20 tahun'
- Tahniah! Ashraf Muslim dianugerah Bintang Khidmat Terpuji Yang Dipertua Negeri Melaka

Fan, yang mempunyai kira-kira 63 juta pengikut di Weibo (platform media sosial di China mirip X) dan 4.1 juta pengikut Instagram, lazimnya ditonjolkan sebagai wajah kebudayaan China di peringkat global.
Berikut lima fakta mengenai aktres berusia 44 tahun itu:
1-Fan dilahirkan dan dibesarkan di bandar pesisir Yantai, wilayah Shandong. Bapanya, Fan Tao, ialah seorang penyanyi pop manakala ibunya, Zhang Chuanmei seorang penari dan pelakon. Adik lelakinya, Fan Chengcheng juga terlibat dalam industri hiburan sebagai ahli kumpulan Nine Percent serta NEXT.

2-Selain filem China, beliau juga pernah membintangi filem adiwira Hollywood, 'X-Men: Days of Future Past', selain filem Perancis dan Korea.
3-Pada 2017, Fan menghiasi kulit majalah Time dan beliau turut dinamakan sebagai antara 100 Orang Paling Berpengaruh.
4-Dari tahun 2013 hingga 2017, beliau merupakan selebriti dengan bayaran tertinggi dalam senarai Forbes China Celebrity 100.
5-Beliau juga tersenarai dalam kelompok 10 teratas Forbes China Celebrity setiap tahun sejak 2006.
Pengiktirafan itu turut meletakkan Fan dalam kelompok selebriti antarabangsa yang pernah menerima gelaran kehormat daripada Malaysia atas sumbangan mereka dalam mempromosikan pelancongan, antaranya bintang Bollywood Shah Rukh Khan dan legenda filem Hong Kong, Jackie Chan.
Sumber: Bernama, Sinar Harian
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
