6 bulan guna CPAP, Zulkifli Ismail syukur gangguan pernafasan ketika tidur semakin pulih. 'Kadar oksigen ke otak juga meningkat...'
BIMBANG dengan keadaan kesihatan akibat gangguan pernafasan ketika tidur, pelakon veteran, Zulkifli Ismail akhirnya mengambil inisiatif menggunakan mesin Continuous Positive Airway Pressure (CPAP).
Menerusi perkongsian di Facebook, dia memaklumkan inisiatif itu diambil sebagai salah satu ikhtiar untuk merawat masalah Obstructive Sleep Apnea (OSA) yang dihidapinya.
Selepas enam bulan menggunakan kaedah tersebut, pelakon berusia 62 tahun itu meluahkan rasa syukur apabila mula merasai perubahan positif terhadap kualiti tidur berbanding sebelumnya.
"Sejak enam bulan lalu saya tidur menggunakan mesin Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) bagi mengatasi masalah Obstructive Sleep Apnea (OSA) yang saya alami.
"Alhamdullillah, dengan izin ALLAH tidur saya semakin berkualiti (deep sleep). Kadar oksigen ke otak juga semakin meningkat," kongsinya.
Apa yang lebih menggembirakan, pelakon yang popular menerusi watak DSP Razlan dalam siri Gerak Khas itu memaklumkan keadaan dirinya kini jauh lebih baik apabila mampu memulakan hari dengan
lebih segar dan bertenaga.
"Saya bangun pagi dengan lebih segar dan bertenaga.
"Sekarang saya tidak lagi rasa mengantuk sewaktu dalam set penggambaran kendatipun penggambaran sehingga tengah malam atau awal pagi," tulisnya.
Terdahulu, Zulkifli dilaporkan pernah mendapatkan rawatan di Hospital Canselor Tunku Mukhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) selepas mengalami gangguan tersebut termasuk beberapa kali pernafasannya terhenti tanpa disedari.
Situasi tersebut mendorong Zulkifli menjalani pemeriksaan lanjut melalui kaedah ‘sleep studies’, bagi mengenal pasti corak tidur termasuk kekerapan nafas terhenti, terjaga secara tiba-tiba serta tempoh masa yang diambil untuk kembali tidur.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
