Aleesya terbit buku pertama, Erra & Engku Emran luah rasa syukur, 11 tahun ketepi perbezaan demi cahaya mata

No Image Caption
A
A
A

ANAK kepada primadona perfileman Melayu, Erra Fazira iaitu Engku Aleesya menyerlahkan bakatnya sebagai penulis buku apabila menerbitkan sebuah buku kanak-kanak berbahasa Inggeris.

Remaja 16 tahun itu muncul di Instagram ibunya memperkenalkan karyanya.

"Hai, Assalamualaikum semua. Nama saya Aleesya dan jika anda tidak tahu, saya baru sahaja menerbitkan sebuah buku Little Nina and the Virtues of Fatimah Azahra," kongsi Aleesya penuh ceria sambil membelek helaian buku yang berwarna-warni menerusi video yang dimuat naik.

Dalam pada itu, Erra tidak dapat menyembunyikan rasa bahagia melihat anak tunggalnya semakin menyerlah dengan kreativiti tersendiri.

No Image Caption

"Saya sangat bangga dengan kamu, anak. Ini baru permulaan dan saya tahu kamu akan lakukan yang terbaik!

"Kalian jom sama-sama sokong anakanda Aleesya, okey? Sokongan kalian amat bermakna buat kami sekeluarga," titip Erra.

Sementara itu, bekas suaminya, Engku Emran  Engku Zainal Abidin meluahkan rasa syukur dan mengimbas kembali detik membesarkan cahaya mata mereka sejak berpisah pada Februari 2014.

Artikel Berkaitan:

Biarpun berpisah, Aleesya membesar dengan sempurna tanpa kekurangan kasih sayang mahupun perhatian daripada mana-mana pihak.

"Kami telah berusaha sedaya upaya untuk membesarkan, menyediakan keperluan, menjaga dan melindungi satu-satunya anak kami sebaik mungkin.

"Ibunya dan saya sedar sejak awal lagi bahawa perjalanan membesar bukanlah sesuatu yang mudah untuknya, apatah lagi apabila sentiasa menjadi perhatian umum.

"Kami melalui begitu banyak detik indah dan dalam masa yang sama, tidak kurang juga fasa-fasa yang cukup mencabar dalam membesarkan anak.

"Namun Alhamdulillah, selama 11 tahun kami berjaya mengetepikan perbezaan dan memberi tumpuan sepenuhnya untuk menjadi ibu bapa yang Aleesya perlukan," titip Emran.

No Image Caption

Dalam pada itu, dia turut menitip nasihat buat pasangan suami isteri agar tidak mengalah dalam memperteguh ikatan perkahwinan demi anak.

"Jika anda sudah mempunyai anak bersama pasangan, apa jua yang mendatang, pertahankanlah perkahwinan anda dengan sepenuh jiwa raga sebelum anda akhirnya mengalah.

"Aleesya, kamu tahu betapa saya menyayangimu. Saya beritahu kamu setiap malam, setiap pagi, dan setiap kali selepas kita solat bersama.

"Setinggi-tinggi tahniah atas kelahiran buku pertamamu. Teruskan menulis, sayang, kerana saya tahu ia sudah pun berakar dalam hati dan jiwamu," kongsinya.

Terdahulu, Aleesya meraih gred A+ dalam subjek First English Language, Matematik, Fizik dan A bagi subjek Biologi, Sosiologi, Bahasa Malaysia dan Psikologi dan  terpilih sebagai achiever dan cemerlang dalam International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).

Beauty with brain, Aleesya dijadualkan akan melanjutkan pengajian ke peringkat A-Level tidak lama lagi.

Sekadar info, Erra dan Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan kemudiannya membawa haluan masing-masing selepas bercerai pada Februari 2014.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang