'Sebelum apa-apa doa dulu'- Amira Othman dedah, terima mesej Heliza sebelum kapal dikepung
SELURUH dunia sedang terarah kepada isu pencabulan hak asasi aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) termasuk pelakon dan penyanyi, Amira Othman.
Tidak dapat pejamkan mata. Itulah yang dialami Amira, atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 31, apabila mengenangkan para aktivis termasuk rakan artisnya yang kini berada dalam tahanan.
Menerusi siaran langsung, Amira mendedahkan telah menerima mesej daripada sukarelawan manusia, Datin Heliza Helmi beberapa jam sebelum rakan selebritinya itu ditahan tentera penjajah haram pada Khamis.

Amira memaklumkan bahawa mesej tersebut diterima sekitar pukul 4 pagi, dan sehingga ke saat itu, pesanan tersebut masih segar dalam ingatannya.

“Kalau cerita tentang mereka, memang meremang bulu roma. Saya beritahu Fattah yang saya tidak boleh tidur semalam.
“Pukul 4 lebih pagi, Kak Ja (Heliza) sempat mesej saya beritahu mereka dikepung. Sampai sekarang terbayang-bayang mesej itu. Hati jadi tidak tenang. Sebelum mula apa-apa, kita doakan dulu keselamatan mereka. Mudah-mudahan ALLAH lindungi dan permudahkan urusan semua,” ujarnya penuh sebak.
Terdahulu, Heliza dan dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah, yang menaiki kapal Hio ditahan selepas kapalnya dikepung pada jam 2.34 pagi pada kedudukan kira-kira 60 batu nautika dari G4z4.
Sekadar info, misi GSF yang disertai lebih 500 aktivis dari 44 negara, termasuk Malaysia belayar menuju G4z4 sebagai simbol solidariti dan usaha memecahkan sekatan Isr4el dengan membawa bekalan penting untuk penduduk P4lestin yang terjejas akibat serangan berterusan rejim Zi0nis.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
