'Bersabar untuk anak?' Setahun bertahan demi zuriat, Uqasha Senrose buka cerita sebenar hingga mohon cerai
KEMELUT rumah tangga Uqasha Senrose dan Kamal Adli mengejutkan para peminat.
Menerusi siaran langsung di TikTok, Uqasaha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, berkata, dia sudah cuba bertahan sejak setahun lalu disebabkan anak tunggal mereka, Hawra Uqaira.
"Bersabar untuk anak? Ya kerana anaklah saya bertahan selama setahun," katanya.
Menurut Uqasha, sepanjang tempoh perkahwinan dirinya sudah cukup memahami situasi yang berlaku sehingga membuat keputusan untuk berpisah dengan pertimbangan yang matang.

"Kenapa sekarang? Dah terlalu masak dan terlampau masak, terserah kepada kalian (warganet).
"Kerana saya tidak pernah cakap nak buka aib sesiapa," jawabnya.
Dalam masa sama, Uqasha menganggap kemelut yang berlaku sebagai satu ujian yang harus ditempuh dengan tabah.
Pelakon berusia 33 tahun turut mengakui tidak dapat menahan emosi selepas urusan di mahkamah pada Rabu lalu.

“Mata layu sebab saya menangis. Baru balik mahkamah tadi,” katanya jujur.
"Ini dugaan untuk saya. Sudah bahagian saya begini, setiap manusia tidak akan henti diuji," luahnya.
Uqasha terdahulu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada Rabu bagi mengikuti prosiding sebutan cerai kali pertama selepas memfailkan permohonan pada 1 Oktober lalu.
Pelakon Tundukkan Playboy Itu dan Hero Seorang Cinderella itu memfailkan perceraian terhadap Kamal Adli pada 1 Oktober.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira pada 27 April 2024.
Sumber: TikTok
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

