Dakwaan sudah bergelar ibu tunggal, Norreen Iman kekal tenang – ‘Biarkan lah, hidup ini kena santai’
NAMA Norreen Iman sekali lagi jadi bualan warganet apabila timbul dakwaan kononnya pelakon dan influencer itu sudah bergelar ibu tunggal.
Hal tersebut timbul selepas ramai mendakwa melihat wanita itu meninggalkan komen pada hantaran seorang wanita yang juga ibu tunggal di platform Threads.
Norreen menafikan sekeras-kerasnya bahawa komen tersebut bermaksud pengakuan peribadi.
Dia menjelaskan, itu hanyalah kata-kata semangat untuk menghargai kekuatan seorang ibu tunggal yang membesarkan dua cahaya mata tanpa bantuan suami.
Dalam kata-katanya sendiri, “Aku pening. Pertama sekali itu adalah threads orang lain.
"Kedua, sebab aku sangat kagum dengan seorang wanita yang juga ibu tunggal membesarkan dua anaknya. Boleh tak bayangkan?”," tegasnya lagi.

TENANG
Dalam satu rakaman pendek di Instagram Story, Norreen turut menekankan bahawa beliau tidak melihat keperluan untuk memberi penjelasan terperinci.
“Explain jadi hal, tak explain pun jadi hal. Kalau tak explain, dia macam... kalau aku keluar?
"Biarkan lah, hidup aku, hidup ini kena santai,” ungkapnya ringkas, menonjolkan sikap tenang menghadapi gosip.
Sebelum ini, Norreen juga pernah menegaskan bahawa rumah tangganya bersama suami, Razzi Razak, masih utuh. Pasangan ini berkahwin sejak 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Kenyataan tersebut menutup sebarang spekulasi bahawa perkahwinan mereka sedang bergolak.
Fenomena gosip sebegini menunjukkan bagaimana kehidupan selebriti mudah menjadi tumpuan.
Namun, cara Norreen menangani isu itu menonjolkan nilai tenang dan menghormati ruang peribadi, sambil tetap memberi inspirasi melalui kata-kata positif. Ia menjadi peringatan bahawa tidak semua yang tular di media sosial adalah benar, dan kadang-kadang, hidup perlu dinikmati dengan santai.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

