Fattah Amin saman pempengaruh RM5 juta, dakwa difitnah curang ketika masih bersama Fazura

No Image Caption
A
A
A

PELAKON Fattah Amin mengambil tindakan undang-udang dengan memfailkan saman serta menuntut ganti rugi RM5 juta terhadap seorang pempengaruh wanita dan suami susulan tindakan mengeluarkan kenyataan didakwa memfitnah, dengan menyatakan aktor itu curang semasa masih bergelar suami kepada Fazura.

Memetik Sinar Harian, menerusi pernyataan tuntutan yang difailkan pada 26 Ogos lalu, Fattah, 35, mendakwa Nuraien Adilla Hasha Akhbar dan suami, Mohd Hafizzuddin Hamri selaku defendan pertama dan kedua, menerbitkan kenyataan berbaur fitnah di platform ‘Threads’ pada 29 Julai dan 22 Ogos lalu.

Dalam dokumen yang difailkan, pasangan terbabit dikatakan menyebarkan tuduhan tidak berasas yang akhirnya menjadi tular dan mendapat liputan meluas di media, termasuk pihak ketiga iaitu portal hiburan.

Menurutnya, kenyataan tersebut memberi mengundang reaksi negatif masyarakat kerana membawa maksud, antaranya Fattah selaku plaintif telah curang dengan bekas isterinya yang juga usahawan tudung sehingga membawa kepada perceraian.

No Image Caption

“Akibat tindakan mereka, saya mengalami gangguan emosi, penghinaan serta pengaiban secara umum selain ia telah mencemarkan nama baik saya,” kata plaintif.

Fattah turut menuntut agar mereka memohon maaf secara terbuka dan bertulis di media sosial masing-masing tanpa sebarang syarat.

Sementara itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis mengarahkan pasangan terbabit memadam semua hantaran yang menuduh Fattah curang.

Artikel Berkaitan:

Peguam yang mewakili Fattah, Mohd Faiz Iskandar Hamzah, memaklumkan bahawa Hakim Datuk Anand Ponnudurai membuat keputusan berkenaan selepas membenarkan permohonan sebelah pihak (ex-parte) yang difailkan oleh pelakon itu.

Menurutnya, mahkamah telah mengeluarkan perintah sementara (injunksi ad-interim) yang mengarahkan kedua-dua defendan memadam semua hantaran berunsur fitnah di media sosial.

No Image Caption

“Mahkamah membenarkan permohonan ex-parte dan memberikan perintah ad-interim untuk dua defendan menurunkan semua hantaran berkenaan,” katanya selepas prosiding secara dalam kamar.

Fattah, atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin bagaimanapun tidak hadir semasa prosiding dan aktor berusia 32 tahun itu diwakili sepenuhnya oleh peguam.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 sebelum bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada 7 Oktober 2024.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang berusia lima tahun.

Sumber: Sinar Harian

 

Demikian menurut pelakon terkenal Fattah Amin ketika diminta berkongsi pandangan mengenai segelintir lelaki yang cepat 'move on' selepas melalui fasa penceraian.

">

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang