'Kami sudah biasa, tak perlu kasihan...' Anak Rita Rudaini lali hidup tanpa kasih sayang bapa
SUDAH terbiasa tanpa perhatian, kasih sayang dan kehadiran figura seorang bapa, anak Rita Rudaini enggan warga maya terus bersimpati.
Airit Rayyan Rizqin, 16, yang menjawab pertanyaan netizen ketika sesi penstriman langsung bersama ibunya petang Sabtu lalu tampil menjawab soalan warganet dengan spontan dan tenang.
Tegasnya, beliau tidak mahu orang ramai terus menzahirkan rasa kasihan kepada beliau dan adiknya, Airit Qaqa Arjuna kerana hal itu.
"Tak payah kasihan. Saya duduk rumah mana ada hari-hari saya menangis. Ada pernah nampak saya menangis?
"Kalau saya hari-hari menangis nak kasihan tak mengapa," katanya.
Adiknya, adiknya Qaqa mengangguk kepala tanda setuju.
Ujar Rayyan lagi, beliau dan adiknya telah biasa hidup tanpa seorang bapa sejak kecil lagi.
"Kami berdua dah biasa hidup tak ada bapa.
"Pertanyaan seperti ini pun kami sudah berjuta kali dengar.
"Ada masa kami naik muak bila orang tanya pasal bapa," tuturnya.
Sementara itu, Rita turut membalas pertanyaan netizen bahawa anak-anaknya tiada sebarang memori bersama bekas suami, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak kerana ketika ditinggalkan bapa, mereka berdua yang masih kecil lagi.
"Jangan salahkan saya kalau anak-anak tiada rasa sebab mereka berdua tiada langsung memori dengan bapa mereka.
"Rayyan waktu itu dua tahun, manakala adiknya lapan bulan," kata Rita.
Sekadar info, Rita Rudaini pernah mendirikan rumah tangga dengan bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan pada 2008 sebelum membuat keputusan untuk bercerai talak satu pada September 2013.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang