Leona mohon dipercepatkan jodoh dalam 10 malam terakhir Ramadan, respond Azhar Sulaiman curi tumpuan. 'Tak nak doktor, arkitek...'
SEBUT sahaja nama Kasih Iris Leona, pasti akan terbayang gelagatnya yang sering mencuri tumpuan ramai.
Terbaharu, anak kepada pelakon senior, Azhar Sulaiman itu meluahkan harapan agar dikurniakan jodoh yang sempurna.
Menyedari keberkatan 10 malam terakhir Ramadan, Leona memohon doa daripada bapanya agar dipertemukan dengan pasangan hidup yang terbaik.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Azhar berkongsi tangkap layar perbualan mereka yang mencuit hati.
Dalam mesej tersebut, Leona yakin bahawa doa ibu bapa adalah yang paling mustajab, lebih-lebih lagi jika dipanjatkan pada malam Lailatulqadar.
"Daddy, tolong doakan saya bertemu jodoh yang paling sempurna dalam 10 malam terakhir Ramadan ini. Doa ibu bapa kan paling mustajab. Saya betul-betul berharap ia menjadi kenyataan," pinta Leona.
Membalas permintaan anak gadisnya itu, Azhar turut menitipkan doa buat Leona agar dipertemukan dengan lelaki terbaik dunia dan akhirat.
Namun, di sebalik kesungguhan puterinya memohon doa, reaksi bapa kepada tiga cahaya mata itu mencuri perhatian apabila menetapkan syarat pekerjaan untuk calon menantu anak bongsunya.
"Daddy doakan kamu akan jumpa jodoh yang terbaik di dunia dan akhirat. Bukan doktor atau arkitek, kalau akauntan, ya," selorohnya.
Bagaimanapun, Leona membalas dengan ringkas, menyatakan bahawa beliau tidak mahu lelaki yang berkerjaya sebagai akauntan.
Menjengah ke ruangan komen, netizen rata-rata terhibur dengan gelagat dua beranak itu. Ada yang berseloroh mahu mencuba nasib sebagai calon menantu, sementara segelintir individu hairan dengan ‘syarat’ yang dikenakan Azhar terhadap bakal menantu.
Apa pun, semoga Leona dipertemukan dengan jodoh terbaik seperti yang diimpikannya!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
