Luahan Azlan Komeng undang sebak isteri. 'Saya dah lumpuh, boleh bawa haluan masing-masing kalau nak' 

No Image Caption
A
A
A

ADUHAI sebaknya membaca luahan pelakon, pelagak ngeri dan koreografer aksi, Azlan Komeng.

Beliau yang kini sedang terlantar sakit akibat kemalangan jalan raya, masih sempat memikirkan nasib isterinya, Nur Nilam Ortiz hingga sanggup meluahkan supaya ‘membawa haluan masing-masing’ demi kebaikan suri hatinya itu.

Nur Nilam ditemu ramah portal hiburan tempatan tidak dapat menahan sebak dan tergamam sejurus mendengar bait-bait perkataan diluahkan Azlan.

”Waktu dia (Azlan) tengok saya lap badan, dia cakap kalau nak bawa haluan masing-masing pun okay.

No Image Caption

”Dia cakap pada saya yang dia dah lumpuh, tak boleh kerja atau menyara saya. Kita masih berkawan.



”Saya kata kalau setakat cacat tak ada hal lah... Empat tahun kita hadap macam-macam,” katanya.

Menyifatkan Azlan sebagai suami terbaik sejak berkahwin pada 2020, Nur Nilam mengakui tidak mampu membayangkan apa yang bakal terjadi sekiranya mereka berpisah.

Azlan dan Nur Nilam terdahulu terlibat kemalangan di Kuala Lipis, Pahang sewaktu dalam perjalanan ke tapak perniagaan menyebabkan pelakon itu cedera parah iaitu patah tangan kanan, kedua-dua belah kaki dan pinggul.

Sentiasa berkorban untuk isteri, Azlan dikatakan menjadi 'perisai’ melindungi Nur Nilam menyebabkan wanita kacukan Siam dan Sepanyol itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

No Image Caption



Susulan cedera parah, Nur Nilam mendedahkan Azlan berisiko lumpuh kedua-dua belah kaki. Namun, apa pun terjadi, kesetiaannya kepada sang suami terus utuh.

”Walaupun orang kata selepas ini dia takkan jadi Azlan Komeng seperti sebelumnya, dia tetap suami saya.

”Kalau dia cakap ditakdirkan lumpuh, tak apa saya okay,” katanya.

Artikel Berkaitan:



Setakat ini, Azlan dilaporkan sudah menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lipis, Pahang untuk mencantumkan semula kulit tangannya yang terkoyak dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat, Johor.

Sama-sama kita doakan Azlan Komeng lekas sembuh!

Sumber: Gempak

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang