MK K-Clique sebak tak sempat mandi dan kafankan arwah ayah. 'Saya sudah tunjukkan gambar anak kepadanya...'
KEHILANGAN insan tersayang, lebih-lebih lagi ibu bapa, adalah satu ujian getir yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Pemergian bapa tercinta pada 27 Oktober tahun lalu ternyata memberi kesan yang mendalam terhadap penyanyi dan pelakon, MK K-Clique.
Menerusi temu bual bersama Melodi, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan seakan tidak dapat menahan sebak ketika menceritakan tentang ketiadaan arwah bapanya iaitu Hamdan Abdul Razak.
Menurut anak kelahiran Sabah itu, pemergian ayah tercinta merupakan kehilangan pertama dalam hidupnya, lebih-lebih lagi melibatkan seseorang yang paling rapat dengannya.
Demikian reaksi pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah tatkala diminta berkongsi perasaan selepas cucu pertama.
Dalam satu temu bual bersama SinarPlus baru-baru ini, beliau yang mesra disapa Shiera berkongsi karenah anak sulungnya, Tallisya dalam berpantang.
Untuk perkongsian lebih lanjut lagi boleh tonton video ini." />
Pelantun lagu Risiko itu juga berkata, beliau tidak berkesempatan untuk memandikan dan menguruskan jenazah walaupun pada saat membawanya ke rumah abadi.
“Saya tak pernah kehilangan orang yang paling rapat dengan saya dan ini adalah kehilangan yang pertama.
“Kehilangan ini mengajar saya banyak benda untuk lebih menghargai.
"Saya sendiri tidak sempat dan tiada rezeki untuk memandikan, mengkafankan dan menguburkan dia, tapi saya percaya arwah berada dalam kalangan orang beriman," luahnya dengan nada sebak.
Lebih menyentuh hati, selepas menyambut kelahiran bayi sulungnya pada 3 Ogos 2024, anaknya, Aya Rayana, tidak sempat bertemu dengan datuknya yang ketika itu dalam keadaan kurang mengizinkan.
Namun begitu, suami kepada Siti Hajaar itu sempat menunjukkan gambar puterinya kepada arwah bapanya sebelum pemergian insan tersayang itu.
"Untuk anak saya berjumpa dengan keadaan arwah ketika itu agak mustahil dan tidak digalakkan.
"Tetapi saya sudah tunjukkan gambar Aya," ujarnya.
Dalam menempuh dunia hiburan yang penuh cabaran, pesanan arwah bapanya yang mahu dirinya menjadi lelaki kuat sentiasa terpahat dihatinya.
Malah, dia percaya arwah bapanya akan terus berada di sisinya dalam setiap langkah kehidupan yang ditempuhnya.
"Arwah bapa saya juga mengajar kami menjadi lebih kuat, hadap cabaran di hadapan.
"Saya dididik dengan kehidupan yang keras (mencabar) untuk kekal hidup dan saya percaya dia (arwah) sentiasa ada dengan saya," katanya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
