RM1,000! Anak raih markah 100 dalam 10 subjek tuntut janji, Fazreen Rafi akui ‘terlajak kata melayang duit’



TAHNIAH diucapkan buat pelakon Fazreen Rafi atas kejayaan cemerlang anaknya, Haq, yang berjaya meraih markah penuh 100 peratus bagi 10 subjek dalam Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) baru-baru ini.
Sebelum ini, Fazreen pernah menjanjikan ganjaran RM1,000 sekiranya anaknya itu mencapai keputusan sempurna dalam semua mata pelajaran.
Tidak disangka-sangka, Haq benar-benar membuktikan kemampuannya dan menuntut janji daripada bapa.
Aktor itu berkongsi momen lucu tetapi manis tersebut di media sosial, sambil mengakui bahawa kata-katanya sendiri akhirnya 'memakan diri'.
"Tak pasal-pasal melayang RM1,000. Ceritanya begini, dua minggu lepas, masa ambil mereka balik sekolah, Faz tanya macam mana peperiksaan. Haq pula dengan selamba cakap senang dan dia boleh dapat 100 peratus.
"Faz pun dengan yakinnya balas, “Mengarutlah Haq boleh dapat 100 dengan tak study.”
"Faz pun saja-saja cakap, “Kalau Haq dapat 100 peratus, daddy bagi RM1,000.”
"Haq terus teruja dan jawab, “Sumpah, janji.” Tak pasal-pasal budak Haq ni dapat RM1,000. Lagi menakutkan, dia cakap ada lagi dua paper yang dia yakin boleh dapat 100 peratus.
"Esok Faz nak kena jumpa cikgu suruh ubah markah," kongsinya di Threads.
Artikel berkaitan:
Timang anak kelima, Fazreen Rafi hargai pengorbanan isteri
Pelakon Suamiku Paling Sweet dan Pengantin 100 Hari itu juga berkongsi momen anak keempatnya menuntut ganjaran. Biarpun awalnya tidak yakin, janji tetapi dikotakan.
"Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata melayang duit. Hadap sahajalah dugaan ni dengan senyuman.
"Lepas ini, saya memang tak nak lagi buat janji bukan-bukan, benda yang Faz anggap mustahil pun boleh jadi. #dahinsaf. Ramai betul yang seronok dan sokong Haq," titipnya.
Sekadar info, Fazreen yang kini bergelar usahawan berkahiwn dengan Syarifah Marlina Ashikin dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Mohd Rizqin Quwais, 11, Rizqeen Humaira, 10, Mohd Rizqin Haqq, 7 dan seorang lagi anak perempuan.
Pasangan itu turut memiliki seorang anak angkat lelaki, Mohd Rizqin Qayyum yang kini berusia 13 tahun.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
