‘Selamat Hari Lahir Mohsein!’ Doa indah Sharifah Amani dan suami buat anak sulung bikin ramai sebak

No Image Caption
A
A
A

SUDAH genap setahun usia si kecil comel, Ahmed Mohsein yang merupakan cahaya mata sulung buat pasangan selebriti, Sharifah Amani dan Ahmed Faris Amir.

Dalam satu perkongsian penuh syukur dan kasih sayang di Instagram, pemilik nama sebenar Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya itu meluahkan rasa terharu melihat anak kecilnya membesar bagaikan juara.

A whole year with you. Happiest 1st Birthday best friend, Mum & Bapak,” tulis Amani manja, disusuli dengan doa menyentuh hati.

Doa yang dilafazkan oleh sang bapa sendiri, penuh harapan agar Mohsein dibesarkan dengan rahmat dan perlindungan Ilahi.

No Image Caption

Pasangan itu memohon agar Mohsein membesar sebagai insan beriman, bijak, sihat, kuat semangat dan jadi penyeri keluarga yang membawa kebaikan kepada sekeliling.

“Ya ALLAH, penuhi hatinya dengan iman, keberanian dan kasih sayang. Jadikan dia insan yang membawa kebaikan kepada orang lain dan berjalan di jalan yang Engkau redhai…,” kongsinya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Tidak cukup dengan itu, mereka juga memohon perlindungan dan diberikan kekuatan pada saat-saat sukar buat anak kesayangannya.

“Ya ALLAH Ya Ghafur Ya Wadud, protect him always, in ways we see and ways we don’t. Fill his heart with faith, kindness, and courage. Let him grow into someone who brings good to others and walks a path that pleases You.

Grant him strength in hardship, humility in ease, and joy in worship. Surround him with love, guide his steps, and let him never feel alone,” tulisnya lagi.

No Image Caption

Majlis hari lahir Mohsein yang diadakan itu cukup simple tapi sangat menyentuh hati.

Tema warna pastel lembut, senyuman Amani dalam busana kebaya hijau dan renungan manja Mohsein buat ramai netizen cair!

No Image Caption

Ruangan komen pun dihujani ucapan dan rasa sayang. Rata-rata netizen berkongsi doa buat si kecil.

"Happy Birthday Mohsein! Moga tumbuh sihat dan jadi anak soleh." – @liza_hamzah

No Image Caption

"Cutenyaaaa! Comel betul gambar birthday boy tu." – @anisanoor

"Simple & cantik je Sharifah Amani ni. Kebaya pun lawa!" – @atiiiiraa

No Image Caption

"Real life Mukhsinlah!" – @sitizan

"Suka tengok Amani dalam fasa motherhood ni. Sweet sangat." – @noorshahidap

No Image Caption

Ramai juga tumpang sebak dan tersentuh dengan doa indah yang dikongsi Amani buat hero kecil mereka.

Ada yang kata, doa yang dikongsikan boleh buat air mata menitik.

No Image Caption

Tak kurang juga yang puji penampilan Amani yang tetap berseri walau dalam gaya simple.

Untuk si kecil Mohsein, SinarPlus ucapkan Sanah Helwah Barakallah Fii Umrik sayang! Semoga terus membesar dalam rahmat dan lindungan ALLAH selalu.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang