Syafiqa Melvin bersalin cahaya mata keempat. 'Jarak dekat dengan kakak, syukur ALLAH mudahkan'

No Image Caption
A
A
A

BEKAS pengacara Bersamamu, Syafiqa Melvin selamat menyambut kelahiran anak keempatnya pada 2 Januari lalu di sebuah pusat perubatan di Shah Alam.

Berita gembira usahawan mesra disapa Kak Long itu dikongsikannya sendiri menerusi laman sosial Instagram. Mendedahkan tidak menyangka rezeki diberi lagi seorang anak, Syafiqa bersyukur segalanya dipermudah.

"Alhamdulillah anak bongsu ibu dan abah sudah selamat dilahirkan pada Jumaat pada 2 Januari lalu.

"Anak yang tak disangka-sangka rezekinya. Masa mengandung ibu paling aktif dan bermacam perkara ibu lakukan," kongsinya.

Syafiqa, 35, yang mesra dipanggil Mama Yong, menarik nafas lega apabila kehamilan dan kelahiran si kecil Fateema Safeea berjalan lancar, meskipun jarak usia antara kandungan ketiga dan keempat agak dekat.

No Image Caption

"Alhamdulillah anak ibu aktif tanpa komplikasi. Walaupun jarak kandungan dengan kakak Ameena dekat tetapi Alhamdulillah ALLAH permudahkan segalanya.

"Sungguh, apabila ALLAH yang bagi, ALLAH akan jaga. Jangan risau dan overthinking.

Artikel Berkaitan:

"Semoga anak ibu abah membesar dengan sihat menjadi anak solehah yang menyejukkan mata dan hati semua orang," kongsinya.

Sekadar info, Syafiqa berkahwin dengan Azhar Othman Disember 2023 dan dikurniakan anak perempuan, Ameena Sofeea.

Kakak kepada pelakon Syatilla Melvin itu pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli politik, Datuk Seri Zainal Abidin Osman pada 13 Julai 2012.

Namun jodoh mereka tidak lama apabila Zainal menghembuskan nafas terakhir akibat kanser darah pada 27 Ogos 2018.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Zayyan Sufi, 11, dan Zahara Sumayya, 9.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang