Jualan kemuncak akhir tahun, promosi harga terendah hingga 90 peratus sempena 12.12. Grab RM12 juta baucar dan banyak lagi!
ACARA kemuncak yang ditunggu-tunggu kaki shopping akhirnya sudah tiba. Inilah masanya untuk kalian grab promosi online paling hebat sempena jualan akhir tahun.
Tak kira Shopee mahupun Lazada, kedua-dua platform itu nampaknya tidak duduk diam untuk menyajikan pelbagai kempen menarik untuk meraikan kemuncak pesta membeli-belah bulan ini.
Shopee, misalnya menawarkan RM12 juta baucar Shopee Live Harian sempena Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi dengan 90 peratus diskaun plus penghantaran percuma dan banyak lagi.
Promosi yang sudah berlangsung sejak 26 November lalu hingga 13 Disember ini jangan dilepaskan kerana Shopee menjanjikan pelbagai tawaran menarik yang pasti menyeronokkan.
Nikmati potong harga hingga 90 peratus untuk jenama terkemuka seperti Beauty of Joseon, Case Valker, Naelofar, PerySmith, Tefal, Vinda, Y.O.U dan Zoe Arissa.
Jika kalian sedang mencari fesyen terkini, produk kecantikan atau barangan keperluan rumah, inilah masanya untuk rebut semua item pada harga yang tiada tandingan.
Jangan risau, Shopee akan memulangkan tiga kali ganda perbezaan harga dalam bentuk Syiling Shopee jika anda menemui produk dengan harga lebih rendah di platform lain. Menarik, kan?
Selain itu, nikmati baucar penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum setiap hari pada jam 12 tengah malam sepanjang tempoh Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi.
Muzik: SSpecial Day oleh Material Gurl (Soundstripe)
Lagi menarik, kempen 12.12 kali ini juga menawarkan RM12 Juta Baucar Shopee Live Harian! Selain baucar diskaun 95 peratus Shopee Live, diskaun RM30 baucar 12.12, baucar 15 peratus pulangan tunai dan baucar penghantaran percuma.
Rebut tawaran RM12 Knockout Deals dengan semua item dijual pada harga RM12 dan RM112 saja bermula jam 8 malam 11 Disember ini hingga 12 tengah malam 12 Disember nanti.
Bukan itu jer, sesi tambahan juga akan dilangsungkan pada jam 12 tengah hari, 2 petang dan 8 malam pada 12 Disember ini yang mana setiap sesi menawarkan item istimewa.
Dapatkan item berjenama seperti Nintendo Switch OLED, Kerusi Urut Ogawa Retreax Ionic Contemporary, POP MART Labubu The Monsters, Samsung 65" Crystal UHD 4K Smart TV dan banyak lagi pada harga kaw kaw.
Grab peluang keemasan untuk menang ganjaran bernilai hingga RM12,000 setiap hari dengan Shopee Live 12.12 Kotak Hari Jadi!
Bukan itu saja! Anda juga berpeluang memenangi Touch ‘n Go 1 Tahun Bebas Tol + Tag RFID bernilai hingga RM75,000, Habib Gold Coins bernilai sehingga RM3,400 dan banyak lagi!
Jangan terlepas untuk shopping di Lazada sempena 12.12 All Out Sale bermula jam 8 malam (11 Disember) hingga 14 Disember ini untuk tawaran harga paling berbaloi.
Selain enjoy tawaran harga jatuh paling menguntungkan, kalian juga boleh nikmati baucar penghantaran percuma dan pemulangan barang semula selama tempoh 30 hari.
Bayangkan harga serendah RM1.20, RM12 dan RM120 ditawarkan kepada kaki shopping untuk produk jenama terpilih.
Pasti rambang mata nak penuhkan troli online bermula sekarang hingga 11 Disember nanti.
Eh, belum terlambat lagi untuk kalian usha 12.12 Countdown Lazmall Exclusive Brands seperti Nike, Adidas, Sport Planet, Tefal, PerySmith, Akemi, Casio dan banyak lagi.
Jadi, apa tunggu lagi? Boleh chup dan isi troli online dulu sebelum buat pembayaran pada tarikh akhir.
Jangan lupa, jualan countdown harian pun ada untuk penjimatan berganda! Okey, selamat bershopping.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang