KULIT yang bersih dan berseri sememangnya impian setiap wanita.

Pun demikian, bintik-bintik hitam pada kulit hasil pigmentasi atau kesan jerawat menjadi halangan untuk mendapatkan kulit sempurna.

Prihatin dengan masalah berkenaan, Nanowhite tampil memperkenalkan rangkaian baharu yang dipertingkatkan iaitu Nanowhite Double Action dan Nanowhite Spot Correction, di samping produk utama terkininya, Nanowhite Spot Correction Advanced Serum.

Mengenai Nanowhite Spot Correction Advanced Serum, Ketua Pemasaran dan E-Dagang Tohtonku Sdn Bhd, Vicky Lim berkata, keberkesanan produk tersebut adalah disumbangkan oleh arbutin.

Arbutin adalah ekstrak molekul daripada tumbuhan bearberry yang berupaya mencegah pembentukan melanin, mencerahkan bintik hitam secara efektif, mengurangkan kesan parut jerawat dan memperbaiki penampilan wajah dengan tona kulit yang lebih rata.

Selain menggunakan teknologi pengkapsulan nano, ia juga mengandungi niacinamide, sejenis nutrien yang diformulasi khusus untuk memperhalusi pori-pori dan tekstur kulit, kata Vicky.

Menerusi pelancaran semula ini, Nanowhite bukan sahaja menukar penampilannya dengan rekaan yang lebih moden bagi kesemua rangkaian utama produknya, tetapi juga berusaha untuk meningkatkan formulasi produk agar dapat memberikan solusi yang terbaik kepada pelanggan,” ujar Vicky.

Produk-produk daripada rangkaian Nanowhite Spot Correction terdiri daripada:

Nanowhite Spot Correction Microfoliating Clay Cleanser 100g (RM25.50)

Nanowhite Spot Correction Brightening Treatment Toner 180ml (RM32.90)

Nanowhite Spot Correction Advance Serum 30ml (RM79.90)

Nanowhite Spot Correction Mattifying Moisturizer 50ml (RM59.90)

Iklan

Produk-produk daripada rangkaian Nanowhite Double Action pula terdiri daripada:

Nanowhite Double Action Awakening Snow Wash 100g (RM25.50)

Nanowhite Double Action Hydrating Treatment Lotion 150ml (RM65.90)

Iklan

Nanowhite Double Action Intensive Serum 30ml (RM79.90)

Nanowhite Double Action Hydrating Moisturizer 50ml (RM59.90)

Nanowhite Double Action Restorative Night Cream 50ml (RM62.90)

Pembelian boleh dilakukan di rangkaian fizikal dan dalam talian seperti Shopee, Lazada, Watsons dan Guardian.