Tak mahu kulit gelap, Cellapy produk dari Korea dirumus khas untuk atasi ‘ketakutan’ itu

October 26, 2020
Lynn Mazlina

PERCAYA bahawa kecantikan bermula dengan kulit yang sihat, jenama penjagaan kulit terkemuka yang dimajukan oleh pakar dermatologi Korea Selatan, Cellapy, kini sudah berada di Malaysia.

Diasaskan oleh pakar dermatologi Dr. JH Kim, Cellapy dirumus khusus untuk menyihatkan kulit dari dalam, menggalakkan pembaharuan semula dan merawat masalah kulit sensitif.

Menurut Ketua Pemasaran Tohtonku Sdn Bhd, Vicky Lim, produk terbaharu itu terdiri daripada Cellapy A.Repair, Cellapy A.Repair Light, Cellapy Red Cica, Cellapy Agi Toning dan Cellapy Dr. Moist.

“Kesemua produk Cellapy dihasilkan berdasarkan kepakaran ahli-ahli dermatologi terkemuka di Korea Selatan. Mereka telah merumuskan satu rangkaian penjagaan kulit yang menggunakan ramuan yang selamat dan tidak memudaratkan.

“Kami amat teruja untuk memperkenalkan kehebatan Cellapy khususnya bagi mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif akibat faktor luaran seperti haba dan pendedahan kepada pendingin hawa yang berpanjangan,“ kata Vicky.

Berikut adalah perincian setiap produk:

Cellapy A.Repair Cream: Memberi kelegaan pada kulit dan menguatkan lapisan perlindungan kulit.

Cellapy A.Repair Light: Sesuai untuk individu yang berkulit sensitif.

A.Repair Light Cream: Memberikan penghidratan mendalam dan menguatkan perlindungan kulit.

Cellapy Red Cica: Untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak.

Cellapy Agi Toning: Khas untuk pelanggan yang menginginkan manfaat antipenuaan dan rawatan terhadap tona kulit tidak sekata termasuk masalah kulit sensitif.

Cellapy Dr. Moist: Mengekalkan kelembapan di dalam lapisan kulit.

Untuk keterangan lanjut, layari www.cellapy.com.my. Produk Cellapy yang ditawarkan pada harga RM39.90 hingga RM149.90 itu juga terdapat di Watsons dan Lazada.

Tak mahu kulit gelap, Cellapy produk dari Korea dirumus khas untuk atasi 'ketakutan' itu
KESEMUA produk keluaran Cellapy boleh didapati secara dalam talian menerusi Lazada dan Watsons. Jangan lupa klik!

About Lynn Mazlina

Biodata Penulis