JIKA anda seorang yang kerap terdedah kepada pancaran sinar matahari, tidak perlu terlalu risau.

Ini kerana produk terbaharu Face Republic Purity Sun Essence boleh membantu kulit tetap segar dan terhidrat meskipun terkena pancaran matahari yang kuat.

Produk berkenaan adalah kolaboratif khas dengan model sensasi Korea yang juga influencer terkenal, Jeon Changha.

Dalam satu kenyataan, jenama itu berkata, Face Republic Purity Sun Essence dilengkapi dengan teknologi non-nano yang berupaya memaksimumkan kekuatan perlindungan matahari dan berupaya menghindari risiko penyerapan sinar ultraviolet (UV) kulit.

Tak perlu risau tona gelap kalau berpanasan, Face Republic remedi terbaik
MODEL sensasi Korea yang juga influencer terkenal, Jeon Changha menggembeleng tenaga menghasilkan Face Republic Purity Sun Essence.

 

Iklan

“Ia juga diperbuat daripada bahan-bahan yang terpelihara bersih dan dipilih dengan teliti dengan tahap EWG 1-3 dan sesuai untuk semua jenis kulit.

“Produk baharu ini juga tidak mengandungi bahan berbahaya yang boleh mengancam ekosistem lautan,“ kata kenyataan itu.

Iklan

Face Republic Purity Sun Essence kini boleh didapati secara online di kedai maya rasmi, Face Republic di Lazada dan Shopee.