SEKARANG ramai yang suka menunjuk-nunjuk makanan di media sosial. Maklum sajalah, semua duduk di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan. Jadi, ramai yang tunjuk bakat memasak.

Tidak kurang juga berkongsi gambar makanan yang dibeli. Orang yang nampak pula terliur dibuatnya, tetapi tidak mampu hendak membelinya kerana kekangan kewangan.

Iklan

Apakah hukumnya kita tayang makanan di media sosial, terutama dalam bulan Ramadan ini?

Iklan

Kupasannya bersama pendakwah dan Pensyarah Universiti Utara Malaysia, Dr Fitri Haris dalam segmen Soal Jawab Netizen Edisi Ramadan.