IBU sentiasa mahukan yang terbaik buat anak, seperti seorang ibu di Britain ini memanjakan permata hati tunggalnya dengan kemewahan. Si kecil itu dikatakan menghisap puting emas dan dimandikan dengan susu serta madu.
Tiada yang lebih berharga bagi seorang ibu selain daripada anaknya. Ibu secara nalurinya akan memanjakan anak-anak dan demi anak, ibu sanggup melakukan apa sahaja.
Namun apa yang dilakukan oleh Kasey Akram, 32, dari Sheffield, South Yorkshire, UK yang memandikan anaknya, Jareem dengan barangan mahal dan penjagaan kos tinggi ini mungkin menarik perhatian ramai.
Baca juga: Tenanglah duhai ibu dan bayi, Ustazah Asma kongsi amalan bila diuji kesempitan
Baca juga: Anak 3 bulan maut digigit, keluarga dakwa ibu dirasuk
[caption id="attachment_86446" width="1024"] Selain memiliki puting emas, Jareem turut memiliki rantai dan gelang emas[/caption]
Menurut laporan Daily Mail, si kecil bernama Jareem, 1, memiliki beberapa barangan mewah termasuk rantai Versace £750 (RM3970.77), gelang bertatahkan berlian £925 (RM4897.28) dan puting emas £1,000 (RM5294.36).
Baca juga: Harta RM5.74 bilion pada usia 25 tahun, bilionair wanita termuda hanya beli kereta terpakai
Baca juga: Panjang umur, anak kecil tercicir atas jalan, jatuh dari kereta ibu buat ramai seriau
Akram mengakui obsesinya berubah semenjak menjadi ibu. Jika dahulu dia hanya memfokuskan penampilan diri, kini si anak adalah segala-galanya.
"Jareem bayi yang paling comel di dunia. Saya pernah bertengkar dengan rakan-rakan mengenai berapa banyak yang saya belanjakan untuknya.
"Apa sahaja yang dia suka, dia dapat dan jika saya tidak mampu saya menelefon ayahnya dan mendapatkan wang itu,” kata Akram yang sebelum ini bekerja sebagai penari dan model.
Baca juga: Hati-hati wanita, diumpan tumpang kereta, ibu, anak 6 tahun dinoda lelaki bernafsu binatang
Selepas hamil pada tahun 2020, Akram jatuh cinta dengan bayi dalam kandungannya dan memasang niat untuk memberikan layanan terbaik.
Wanita itu hanya memberikan anaknya hanya makanan organik. Malah setiap hari Akram akan membawa sarapan ke bilik tidur Jareem sebelum anak kecil itu menikmatinya di atas katil.
Walaupun baru berusia setahun, Jareem akan dibawa bersama Akram ke salun kuku di mana bayi itu turut mendapat rawatan merias kuku kaki.
Tidak salah memanjakan anak, namun berpada-padalah. Bimbang pada masa hadapan ia boleh membawa musibah.
Sumber: Daily Mail
Baca juga: Kasihnya ibu... duduk rumah jagaan bersama tetap manjakan anak usia 80 tahun
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan