LAMARAN atau meminang adalah sebahagian daripada adat resam kebanyakan masyarakat Melayu. Pada peringkat ini biasanya jumlah mas kahwin dan hantaran akan ditetapkan. Bertuah doktor wanita di Indonesia ini apabila menerima mas kahwin berjumlah RM300,000.
Dr Dina Faradhillah Samsu, 25, dari Kecamatan Angata, Kabupaten, Sulawesi Tenggara, Indonesia menerima pinangan pemuda berasal dari Arab Saudi bernama Dr Ahmed Tariq Seid Ahmad Ali.
Baca juga: Jodoh beza umur 47 tahun, pengantin perempuan terima hantaran lumayan. Ramai yang ternganga
Baca juga: Baru 2 kali jumpa, gadis dilamar, hantaran RM90K, tanah, ‘showroom’ kereta
Baca juga: Sanggup ikat perut demi majlis kahwin gah, ketahui mahar terbaik dalam Islam
Menurut Tribunnews, pasangan itu adalah pegawai perubatan lulusan Fakulti Perubatan di Capital Medical University (MCU) Beijing, China.
Menurut bapa Dr Dina, Samsu, anak dan bakal menantunya menyulam cinta selama empat tahun sebelum bertunang.
Samsu berkata, nilai mas kahwin anak perempuannya bukan 1.5 bilion rupiah seperti yang viral di media sosial tetapi hanya 1 bilion rupiah.
Pasangan berkenaan difahamkan akan disatukan pada Disember 2022.
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, mas kahwin bermaksud sesuatu yang wajib diberikan kepada isteri disebabkan aqad nikah.
Penetapan mas kahwin mempunyai pelbagai hikmah yang tersendiri. Antaranya termasuklah bagi menzahirkan kemuliaan kaum wanita dan sebagai lambang kesucian dan ketinggian wanita dalam Islam.
Baca juga: Hantaran kahwin punca tiga wanita di India tamatkan riwayat hidup. Ini kronologi kejadian
Ia sebagai tanda kesungguhan lelaki dalam membina hubungan dengan seseorang wanita.
Sumber: Tribun News, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Baca juga: Pemuda pecah tabung duit kahwin, setahun berjaya kumpul RM19,000 –"Jangan malu naik motor”
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan