Sakit perut 2 tahun, seperti hamil, wanita rupanya alami ketumbuhan ovari 35kg, diameter 40cm

Iklan
5

SEBELUM ini mengalami sakit perut melampau, wanita berusia 46 tahun tidak menjangka ia sebenarnya disebabkan ketumbuhan ovari seberat 35 kilogram (kg).

Nagamma, 46, dari Andhra Pradesh, selatan India merupakan ibu kepada tiga cahaya mata.

Iklan
Iklan

Dia sebelum ini menderita kesakitan keterlaluan pada bahagian perut. Hasil rundingannya dengan doktor mengesahkan Nagamma mempunyai tumor kecil pada ovarinya.

Baca juga: Tahap kanser ovari hanya diketahui selepas jalani pembedahan. Wanita kena peka dengan simptom!

Iklan

Doktor ketika itu menyarankan pembedahan untuk mengeluarkannya. Lantaran masalah kewangan dan takut kepada pembedahan, Nagamma mengambil keputusan untuk tidak mendapatkan bantuan perubatan lanjut.

Baca juga: 2 rahim, haid 2 kali sebulan, wanita ‘aneh’ kongsi uterine didelphys

Iklan

Baca juga: Ini kisah Lina Medina, ibu termuda di dunia lahirkan anak pada usia 5 tahun

Namun seiring masa berlalu, tumor yang dialami Nagamma semakin membesar. Malah perutnya turut membesar hingga menyukarkan pergerakan kerana terlalu berat.

The National News melaporkan Nagamma yang tidak tahan dengan kesakitan yang dialami ‘menyerah diri’ di sebuah hospital bersalin.

Pemeriksaan doktor mengejutkan dan mendapati ketumbuhan pada ovari kiri wanita itu telah membesar dengan ukuran diameter 40 sentimeter.

Tanpa berlengah, pasukan perubatan melakukan pembedahan pada 28 Julai lalu yang memakan masa selama satu jam mengeluarkan ketumbuhan bersaiz jumbo itu.

Pakar sakit puan, Dr Madhavi turut mengesahkan ovari kanan wanita itu turut membesar dan melakukan prosedur histerektomi atau membuang rahim.

Baca juga: Haid lewat, senggugut teruk? Jangan keliru antara endometriosis dan Sindrom Ovari Polisistik

"Ia adalah kes tumor ovari. Pesakit mengalaminya sejak dua tahun lalu dan telah pergi ke banyak hospital. Pesakit takut dan tidak mampu untuk mendapatkan rawatan. Dia telah ke banyak hospital sebelum dirujuk ke sini,”

"Kami melakukan MRI dan ujian lain. Pembedahan berjaya dan pesakit semakin pulih. Kami telah menerima kes seumpama ini pada masa lalu tetapi kes ini adalah ketumbuhan yang paling besar yang telah dikeluarkan,” kata Dr Madhavi kepada The National.

Doktor percaya bahawa tumor itu berkemungkinan besar jenis benign. Bagaimanapun pihaknya sedang menunggu laporan patologi untuk pengesahan.

Menurut Nationwide Childrens , tumor ovari adalah mempunyai kaitan dengan rangsangan hormon atau ovulasi.

Ketumbuhan ovari seperti endometrioma dikaitkan dengan endometriosis. Antara simptom ketumbuhan pada ovari ialah mudah kenyang, kesakitan, kembung perut, perubahan kepada pembuangan air kecil dan besar serta gangguan haid.

Baca juga: Wanita terpaksa buang rahim akibat ketumbuhan fibroid. Berikut fakta yang perlu kaum Hawa tahu

Sumber: The National News, Nationwide Childrens

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.