IBU insan yang paling berjasa. Pengorbanan demi pengorbanan, selepas hamil dan melahirkan, mereka umpama ‘malaikat kecil’ menjaga serta mengasuh dengan penuh kasih sayang.
Namun bayi di Sulawesi Selatan, Indonesia ini tidak sempat merasa hangatnya kasih ibu tatkala pergi buat selama-lamanya semasa proses melahirkan.
Baca juga: Murni hatinya, ibu muda berusia 23 tahun membesarkan 37 anak; raih pujian ramai
Baca juga: 315 helai lampin, 15kg susu seminggu, ibu cerita cabaran anak kembar 9, paling ramai di dunia
[caption id="attachment_89371" width="800"] Kredit foto: Kumparan[/caption]
Momen menyayat hati bayi berusia empat bulan bernama Kimberly yang mewakili arwah ibunya, graduan bidang Pengurusan, Citra Fadhila Arsyad turut dikongsi pengguna Tiktok, Alsinthya Manda.
Kimberly yang turut menyertai perarakan majlis konvokesyen Universiti Andi Djemma, Kota Palopo, Sulawesi Selatan menyebabkan para graduan dan tetamu yang hadir tidak dapat menahan sebak menitiskan air.
Suasana majlis menjadi pilu apabila si kecil yang lengkap bulan memakai topi konvo itu didukung naik ke atas pentas mewakili ibunya untuk bergraduasi dan menerima skrol ijazah.
Baca juga: Bayi 6 bulan maut, gigih dibawa bapa 12 jam menaiki motosikal untuk tonton bola sepak
[caption id="attachment_89367" width="800"] Kredit foto: TikTok _alsinthya28[/caption]
"Semalam seluruh bangunan menangis melihat anak ini datang mewakili orang tuanya,” kata Ketua Dekan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan universiti itu, Nurjannah.
Malah Nurjannah menitiskan sendiri air mata lagi apabila menceritakan momen yang disaksikan apabila Kimberly menggantikan arwah ibunya kepada Detik.com.
"Ini adalah upacara tamat pengajian yang paling menyedihkan. Semua menangis termasuk pengerusi yayasan dan canselor utama.
"Tiada siapa yang tidak menangis semalam apabila Kimberly naik pentas menggantikan ibu bapanya,” katanya.
Baca juga: Pilunya, bayi 8 bulan ditemui kebuluran, setia di sisi jasad ibu tidak bernyawa 2 hari
[caption id="attachment_89370" width="800"] Kredit foto: Detik[/caption]
Kimberly yang didukung oleh nenek sebelah ibu dan turut ditemani nenek sebelah bapa.
Difahamkan bapa kepada Kimberly sepatutnya turut bergraduasi pada hari yang sama tetapi tidak dapat hadir kerana sedang menjalani hukuman penjara kerana terlibat kes perlanggaran pengguna jalan raya.
Justeru, Nurjannah berharap Kimberly menjadi anak soleh yang menjadi kebanggaan ibu bapanya pada masa hadapan.
"Anak ini adalah pilihan ALLAH yang diberi ujian walaupun tidak faham apa-apa. Semoga (Kimberly) menjadi anak yang soleh, berguna, dapat meneruskan impian ibu dan membanggakan ibu bapanya. Kami juga berharap agar ayahnya segera dibebaskan,” tuturnya.
Baca juga: Ubah ciptaan ALLAH, ibu potong bulu mata bayi hingga ‘botak’ cetus amarah ramai
Baca juga: [VIDEO] Kanak-kanak perempuan tak kekok memasak, jaga adik selepas ibu meninggal dunia
Kadar kematian wanita semasa bersalin peringkat global pada 2017 ialah 211 bagi setiap 100,000 kelahiran yang mana 45 peratus daripadanya meninggal dunia dalam tempoh 24 jam selepas bersalin.
Baca juga: 2 kali ganda risiko diserang strok, wanita usia 35 tahun perlu tahu ini
Kematian ibu selepas bersalin boleh terjadi disebabkan pelbagai faktor. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan ia kebanyakan disebabkan komplikasi yang mungkin wujud sebelum kehamilan tetapi bertambah buruk semasa kehamilan, terutamanya jika tidak diuruskan sebagai sebahagian daripada penjagaan wanita.
Komplikasi utama yang menyumbang hampir 75 peratus daripada semua kematian ibu selepas bersalin adalah seperti berikut
-Pendarahan teruk (kebanyakannya terjadi selepas bersalin)
-Jangkitan (biasanya selepas bersalin)
-Tekanan darah tinggi semasa kehamilan (pra-eklampsia dan eklampsia)
-Komplikasi daripada bersalin
-Pengguguran
Baca juga: 18 tulang rusuk, dua kaki patah, kepala lebam digoncang, bayi 10 minggu maut angkara ibu sendiri
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join
grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.