ELISABETH Fritzl gadis yang jelita dan periang. Lahir dalam keluarga besar Josef Fritzl dan Rosemarie Fritzl, tiada siapa menyangka anak ketiga daripada tujuh adik-beradik itu terpaksa melalui kehidupan seumpama 'neraka' selama 24 tahun angkara bapa sendiri.
Kisah Elisabeth pernah menggembarkan dunia apabila menjadi mangsa kes jenayah paling kejam. Tidak hanya dikurung dan diseksa lebih dua dekad, wanita malang itu juga terpaksa melahirkan tujuh cahaya mata hasil perkosaan oleh bapanya.
Pada usia 15 tahun, gadis itu yang baru menamatkan persekolahan dan kemudian mengikuti kursus sebagai pelayan kedai.
Tamat pengajian pada pertengahan tahun 1984, beliau ditawarkan bekerja sebagai pelayan di Linz yang terletak kira-kira 60 kilometer dari rumahnya.
DIPERANGKAP BAPA
Selepas empat bulan genap 18 tahun, gadis itu menjadi sasaran bapanya.
Josef yang merupakan seorang jurutera elektrik berlakon meminta bantuan Elisabeth memasang pintu pada ruangan berkenaan namun hakikatnya lelaki bertopengkan syaitan itu telah menukar ruang bawah tanah menjadi bilik. Ketika itu juga Elisabeth dilemaskan dengan tuala yang dibasahkan dengan bahan kimia sehingga pengsan.
Ibu, Rosemarie membuat laporan orang hilang selepas gagal mengesan keberadaan Elisabeth.
Selama berminggu-minggu tiada khabar, kemudian entah dari mana sepucuk surat tiba daripada Elisabeth, mendakwa beliau sudah bosan dengan kehidupan bersama keluarganya dan melarikan diri.
Namun sebenarnya lelaki berhati iblis itu tahu di mana Elisabeth yang ketika itu berada kira-kira 20 kaki di bawah rumah.
24 tahun gadis cantik itu menahan derita di ruang bawah tanah kediaman di Amstetten, Austria tanpa dikesan ahli keluarganya.
Dua tahun pertama, Elisabeth dibiarkan seorang diri. Namun selepas tempoh itu beliau mula menjadi pemuas nafsu bapanya.
Baca juga: Ini kisah Lina Medina, ibu termuda di dunia lahirkan anak pada usia 5 tahun
TIADA SIAPA MENYEDARI
Hampir setiap hari pada jam 9 pagi Josef akan ke bilik bawah tanah dengan alasan untuk bekerja.
Adakalanya beliau bermalam di bilik berkenaan kononnya untuk menyiapkan pelan mesin yang dijualnya kepada firma pembuatan. Rutin itu tidak dipersoalkan Rosemarie kerana mengetahui suaminya pekerja yang berdedikasi.
Dalam tempoh itu, gadis malang tersebut telah melahirkan tujuh cahaya mata yang mana tiga daripadanya dibenarkan tinggal bersamanya di bilik berkenaan manakala tiga orang lagi dibawa tinggal bersama keluarga.
Seorang anak lelakinya meninggal dunia ketika bayi dan lebih menyedihkan telah dilempar ke dalam relau oleh Josef.
Bagaimana tiga orang anak Elisabeth boleh dibela keluarganya? Ia adalah hasil tindakan licik Josef.
Untuk menyembunyikan tembelangnya daripada pengetahuan Rosemarie, Josef meletakkan bayi itu di dalam semak berhampiran rumah atau di depan pintu.
Baca juga: 24 tahun cari, jelajah 20 wilayah, bapa temui semula anak diculik
Baca juga: Paling subur, wanita miliki 44 anak pada usia 36 tahun berhenti hamil
PENIPUAN LICIK
Bayi berkenaan dibedung dan disertakan dengan nota didakwanya ditulis oleh Elisabeth yang mengatakan tidak dapat menjaga anaknya dan meninggalkan di bawah penjagaan Josef dan Rosemarie.
Anehnya, perkhidmatan sosial tidak pernah mempersoalkan bagaimana anak-anak Elisabeth muncul dan membenarkan nenek dan datuk menjadi penjaga sah.
Derita neraka dunia Elisabeth dan anak-anaknya, Kerstin, Stefan dan Felix hanya berakhir pada 2008 apabila salah seorang daripadanya jatuh sakit.
Elisabeth merayu bapanya untuk membenarkan anak sulung, Kerstin yang berusia 19 tahun mendapatkan rawatan perubatan.
Gadis itu mengalami sakit yang kritikal. Josef dengan berat hati mengeluarkan Kerstin dari bilik bawah tanah dan menghubungi ambulans dan mendakwa mendapat nota daripada Elisabeth yang menerangkan keadaannya.
Baca juga: Anak terdedah kepada masalah mental jika masih tidur satu bilik dengan mak ayah. Ini kata pakar
PEMBEBASAN ELISABETH
Selama seminggu, polis menyoal Krestin dan meminta orang ramai untuk sebarang maklumat mengenai keluarganya.
Pihak polis akhirnya berasa curiga terhadap Josef dan membuka semula siasatan kehilangan Elisabeth.
Mereka mula membaca surat yang Elisabeth kononnya ditinggalkan untuk keluarga dan mendapati ia tidak konsisten.
Josef yang mungkin tertekan membebaskan Elisabeth dari bilik bawah tanah buat kali pertama dalam tempoh 24 tahun pada 26 April 2008.
Wanita itu ke hospital untuk menjenguk anak perempuannya, Kristen namun kakitangan hospital memaklumkan kepada polis kerana keadaan yang mencurigakan.
Pada malam itu, Elisabeth telah ditahan untuk disoal siasat tentang penyakit anak perempuannya dan kisah bapanya.
PEMBONGKARAN JENAYAH
Selepas polis berjanji bahawa beliau tidak akan berjumpa bapanya lagi, Elisabeth menceritakan kisah penyeksaan yang dihadapi selama 24 tahun.
Elisabeth menjelaskan bahawa bapanya mengurungnya di ruang bawah tanah dan telah melahirkan tujuh orang anak Josef.
Lelaki berhati binatang itu akan turun pada waktu malam dan kemudian merogolnya. Malah Elisabeth juga menjelaskan telah menjadi mangsa dera si bapa sejak berumur 11 tahun. Josef ditahan polis pada malam itu.
Selepas penahanan, dua anak Elisabeth dari bilik bawah tanah itu turut dibebaskan namun Rosemarie melarikan diri dari rumah.
Dia mendakwa tidak mengetahui apa-apa tentang jenayah dilakukan suaminya.
Penyewa yang pernah tinggal di apartmen di tingkat satu juga tidak pernah tahu apa yang berlaku di bawah kediaman itu kerana Josef menjelaskan semua bunyi aneh yang didengari berpunca daripada paip rosak dan pemanas.
IDENTITI DISEMBUNYIKAN
Kini berusia 57 tahun, Elisabeth dilaporkan hidup di bawah identiti baharu di sebuah lokasi rahsia Austria dikenali sebagai Village X yang dikawal rapi dengan pengawasan kamera litar tertutup dan polis.
Usaha untuk menyembunyikan identiti dibuat untuk menyembunyikan masa lalunya daripada media sekali gus memberi peluang wanita itu menjalani hidup baru.
DARI UNIT PSIKIATRI KE PENJARA
Josef dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada 2009 kerana melakukan sumbang mahram, 3,000 kes rogol, perhambaan, serangan kejam dan pembunuhan cuai terhadap anak lelakinya.
Lelaki yang dikenali 'Monster of Amstetten' pula telah dipenjarakan di unit psikiatri penjara di Krems.
Semalam, Austria Press Agency melaporkan peguam Josef , Astrid Wagner mengumumkan memohon pembebasan awal dari penjara atas alasan tua dan menghidap demensia.
Mahkamah bagaimanapun menolak permohonan berkenaan namun menempatkan lelaki berusia 88 tahun itu di penjara biasa dan perlu menghadiri psikoterapi biasa dan penilaian psikiatri dalam tempoh percubaan selama 10 tahun.
"Ringkasnya, mahkamah telah membuat kesimpulan bahawa dia tidak lagi berbahaya," kata Wagner yang berazam terus berusaha untuk mendapatkan pembebasan Josef.
Sumber: The Independent UK, CBS, All That Interesting
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!