MENELAN kos RM570 juta, sambutan praperkahwinan anak bilionair terkaya Asia, Mukesh Ambani iaitu Anant Ambani menjadi perhatian dunia.
Mukesh yang merupakan Pengarah Urusan Reliance Industries merupakan bilionair yang dianggarkan memiliki kekayaan AS$117 bilion. Justeru tidak hairanlah tetamu jemputan semuanya berpengaruh dari seluruh dunia.
Mark Zuckerberg, Bill Gates dan Ivanka Trump adalah antara tokoh antarabangsa berprofil tinggi yang terbang ke India untuk majlis praperkahwinan pewaris Anant yang berakhir Ahad lalu.
[caption id="attachment_138442" width="800"] Ivanka Trump, suami Jared Kushner dan anak perempuan mereka antara yang hadir (Kredit foto: Facebook Reliance Industries Limited)[/caption]
Ia yang berlangsung selama tiga hari mengalu-alukan kira-kira 1,200 tetamu dari Silicon Valley dan Bollywood.
Tidak hanya itu, bintang pop terkenal Rihanna dan ahli silap mata David Blaine tampil memberikan persembahan di samping kelibat selebriti Bollywood antaranya Shah Rukh, Sonam dan Anil Kapoor, Saif Ali Khan, Kareena Kapoor dan Deepika Padukone.
[caption id="attachment_138438" width="800"] Mukesh dan isteri, Nita bersama anak bongsu mereka, Anant Ambani (Kredit foto: Facebook Reliance Industries Limited)[/caption]
[caption id="attachment_138439" width="800"] Bakal menantu dan bapa mentua. (Kredit foto: Facebook Reliance Industries Limited)[/caption]
MENJAMU 51,000 PENDUDUK TEMPATAN
Ia dimulakan dengan majlis makan malam untuk 51,000 penduduk tempatan di Kampung Jogwad, berhampiran kilang penapisan minyak utama Reliance di Jamnagar.
Difahamkan, acara menjamu makanan kepada masyarakat semasa majlis keluarga telah menjadi tradisi keluarga hartawan itu.
PERSEMBAHAN RIHANNA BERNILAI AS$9 JUTA
Penampilan penyanyi antarabangsa, Rihanna pula berlangsung dalam satu majlis pada Jumaat.
Mempersembahkan 19 buah lagu untuk menghiburkan para tetamu, penyanyi itu dipercayai menerima bayaran sebanyak AS$9 juta. Difahamkan persembahan di majlis itu adalah pertama dilakukan Rihanna sejak lapan tahun lalu.
Keluarga Ambani terkenal dengan jemputan penyanyi popular untuk mengadakan persembahan di majlis perkahwinan.
Pada 2018, penyanyi Beyoncé membuat persembahan di majlis praperkahwinan anak perempuan tunggal Mukesh, Isha Ambani dan Anand Piramal.
Manakala pada 2019, penyanyi Coldplay, Chris Martin, dan The Chainsmokers menghiburkan tetamu majlis perkahwinan anak sulung, Akash Ambani. Malah penyanyi Maroon 5, Adam Levine juga diundang untuk membuat persembahan pada majlis perkahwinan.
Baca juga: 5 bilionair wanita ‘self-made’ terkaya di dunia, taikun hartanah paling top dengan RM50.49 bilion
1,200 TETAMU UNDANGAN
Kira-kira 1,200 orang tetamu telah dijemput ke majlis praperkahwinan tersebut termasuk pesta koktel pada hari pertama.
Video majlis yang dimuat naik di laman sosial menunjukkan tempat berhias yang dihiasi dengan bunga-bunga dan dipenuhi tetamu
Para jemputan dihiburkan dengan pertunjukan dron di langit.
[caption id="attachment_138443" width="800"] Mark Zuckerberg dan isteri Priscilla Chan antara jemputan VVIP majlis tiga hari itu.[/caption]
Pada hari kedua, para tetamu dibawa ke pusat penempatan spesies hidupan liar terancam Reliance yang merupakan projek haiwan peliharaan oleh pengantin lelaki.
[caption id="attachment_138445" width="800"] Pengasas bersama Microsoft, Bill Gates attended dan pasangan Paula Hurd turut memeriahkan majlis. (Kredit foto: Reliance Industries Limited)[/caption]
Pada sebelah malam pula tetamu menghadiri 'mela'. 'Mela' yang bermaksud pesta atau perayaan membolehkan mereka menghabiskan masa dengan alam semula jadi termasuk lebih 200 gajah, 300 spesies feline dan 120 reptilia.
[caption id="attachment_138447" width="800"] Salman Khan, Ram Charan, Shah Rukh Khan dan Aamir Khan (Kredit foto: Reliance Industries Limited)[/caption]
Baca juga: Harta RM5.74 bilion pada usia 25 tahun, bilionair wanita termuda hanya beli kereta terpakai
Baca juga: David Beckham terima menantu anak bilionair, kos majlis kahwin RM22.03 juta
KOD PAKAIAN 9 HELAI
Bukan calang-calang untuk hadir ke majlis ini, perlu ada protokol tertentu termasuk kod pakaian perlu dipatuhi.
Untuk majlis praperkahwinan Anant dan Radhika ini, sebanyak sembilan helai dokumen kod pakaian diedarkan. Tidak hanya itu khidmat penggaya rambut dan jurusolek juga disediakan untuk para tetamu.
Antara kod pakaian termasuk tema 'Jungle Fever' dan 'Comfortable Shoes' untuk lawatan ke pusat penyelamat haiwan pada hari kedua serta pakaian tradisi India yang mempesonakan untuk mela.
Para tetamu dihidang dengan 500 menu yang disediakan oleh kira-kira 100 cef.
Baca juga: Naomi Osaka atlet wanita terkaya miliki RM230 juta usia 25 tahun, 10 fakta menarik mengenainya
Baca juga: Wagyu Percik, Salad Ketam Alaska & lobster! Menu santapan diraja Putera Mateen buat ramai ternganga
[caption id="attachment_138446" width="800"] Deepika Padukone dan suami, Tanveer Singh. (Kredit foto: Reliance Industries Limited )[/caption]
Ketibaan tetamu VIP dari seluruh pelosok dunia menyaksikan Lapangan Terbang Jamnagar menyaksikan 130 penerbangan tiba untuk acara itu.
KAHWIN JULAI INI
Bakal pengantin, Anant dan teman wanitanya Radhika adalah rakan sejak kecil. Bakal disatukan pada Julai nanti, bakal pengantin perempuan adalah anak kepada Ketua Pegawai Eksekutif Encore Healthcare, An Viren Merchant dan usahawan Shaila Merchant.
[caption id="attachment_138444" width="800"] Anant dan Radhika bergambar dengan abang, Akash Ambani dan kakak ipar, Shloka Mehta. (Kredit foto: Reliance Industries Limited)[/caption]
Jika praperkahwinan sudah begini mewah, majlis perkahwinan tentunya lebih ekstravaganza kan?
Sumber: SCMP, CNN, Business Insider
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!