MEWAH dan elegan, perkahwinan anakanda anakanda Sultan dan Yang Dipertua Brunei Darussalam, Putera Abdul Mateen menjadi tumpuan termasuk menu istiadat santapan diraja yang berlangsung semalam.

Istiadat yang berlangsung di Balai Persantapan Istana Nurul Iman menghidangkan masakan Melayu dan Barat sesuai untuk para tetamu yang kebanyakannya terdiri daripada Raja-Raja Melayu serta pemimpin beberapa buah negara ASEAN.

Viral di laman sosial paparan buku menu istiadat berkenaan seperti berikut:

  • Salad Ketam Alaska Dengan Iranian Caviar
  • Sup Rusa Berempah Dengan Cendawan Morel
  • Sorbet Mangga bersama Sarang Burung Walit
  • Daging Wagyu Percik dengan Trufel
  • Ikan Turbot Acar
  • Ayam Kampung Sos Peranakan
  • Nasi Basmathi bersama Safron
  • Kambing Kerutup
  • Udang Raja Asam Pedas
  • Sayur Lodeh
  • Pajeri Nenas
  • Kek Sarang Semut dan Kek Coklat Maracaibo

Tidak hanya itu, turut disenaraikan lagu-lagu khas dipilih pasangan pengantin diraja temasuk dendangan penyanyi dari Malaysia seperti Di Akhir Garisan dan Kau Ilhamku nyanyian Man Bai, Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain dan Dia nyanyian Sheila Majid.

Baca juga: [10 FOTO] Kilauan mahkota, permata & busana indah sempena majlis Santapan Diraja perkahwinan Putera Mateen, Pengiran Anak Isteri Anisha buat ramai terpegun

Baca juga: Childhood friend kini isteri. Putera Abdul Mateen muat naik foto Dayang Anisha semasa kanak-kanak. ‘Alhamdulillah’

Baca juga: [15 FOTO] Sekali lafaz, Dayang Anisha Rosnah rasmi milik Putera Abdul Mateen, terima mahar $1,000

Warga maya rata-rata teruja meneliti senarai hidangan dan menzahirkan  keinginan untuk merasa.

– “Wah, sedapnya. Dalam banyak-banyak tu, aku pernah makan pajeri nanas dan sayur lodeh jer.”

– “Punyalah kaya negara, santapan pun boleh order. Wow”

– “Wagyu percik guys.”

– “Bangganya Man Bai, Sheila Majid dan Anuar Zain ada dalam senarai lagu favourite pengantin diraja.”

Baca juga: [15 FOTO] Indahnya istiadat berbedak pengantin diraja, Putera Abdul Mateen berseri-seri, kejelitaan Dayang Anisha terserlah

Baca juga: Wedding of the year! Majlis perkahwinan diraja Putera Mateen & Dayang Anisha Rosnah bakal berlangsung 10 hari

Baca  juga: [15 FOTO] Putera Mateen, Dayang Anisha rasmi bertunang, istiadat berlangsung di istana

Iklan

Istiadat perkahwinan diraja pasangan ini bermula 7 Januari lalu, dengan berlangsungnya Majlis Istiadat Bersuruh Diraja , Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja sebelum pasangan diraja itu dinikahkan, pada 11 Januari di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien.

Baca juga: Lembut je. Sedapnya suara bakal isteri Putera Mateen mengaji

Baca juga: Siapa Dayang Anisha, permaisuri dalam hati Putera Mateen? 10 info menarik, bakal disatukan 11 Januari 2024

Baca juga: Anakanda Sultan Brunei, Putera Mateen nikah 7 Januari tahun depan, cucu penasihat diraja jadi pilihan hati

Baca juga: [25 FOTO] Berlangsung 10 hari, perkahwinan diraja puteri Sultan Brunei jadi tumpuan dunia

Baca juga: [20 FOTO] Indah persandingan diraja puteri Sultan Brunei, kakanda Putera Mateen jadi perhatian

Iklan

Baca juga: Meniti usia remaja, Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah makin seiras dengan Azrinaz Mazhar Hakim, kejelitaan terserlah

Baca juga: ‘My Son-shine.’ Seiras wajah Azrinaz Mazhar Hakim, ketampanan Pengiran Muda Abdul Wakeel jadi perhatian 

Sumber: X

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!