Harga murah, keriangan maksimum! Selangor Fruit Valley 1,000 hektar syurga buah, destinasi agropelancongan wajib anda terokai!

No Image Caption
A
A
A

BAGI warga kota yang ingin melarikan diri seketika daripada kesibukan metropolitan, pencarian destinasi hijau yang mendamaikan di Selangor Fruit Valley (SFV), Bestari Jaya, Selangor.

Hanya sejam dari ibu kota, ladang  ladang buah-buahan tropika mencecah 1,000 hektar  di bawah seliaan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) ini menawarkan sebuah pakej pelancongan yang menggabungkan keseronokan, pendidikan pertanian, dan penjimatan yang luar biasa untuk seisi keluarga.

Pada 2025, SFV menerima kira-kira 100,000 pengunjung dan menyasarkan peningkatan kepada 150,000 pengunjung pada tahun 2026 sejajar dengan strategi pengembangan sektor agropelancongan negeri. Malah sejak Januari 2026 sehingga kini adalah seramai 52,000 orang telah menjejakkan kaki ke sana.

No Image Caption

Dari Januari 2026 sehingga setakat ini, SFV menerima lebih 52,000 orang pengunjung tempatan dan luar negara termasuk  United Kingdom, Australia, Rusia, Afrika, China, India, Jepun dan Korea. 

SFV mencatatkan pendapatan sebanyak RM7 juta pada tahun 2025 meliputi jualan buah-buahan dan sayur-sayuran, aktiviti agropelancongan, jualan produk Agriculture Centre of Excellence (ACE) dan sewaan tanah kepada usahawan tani.  

Menampilkan konsep pelancongan berasaskan pendidikan agro dengan menawarkan pengalaman interaktif berkaitan pertanian, tanaman dan ekosistem makanan, antara tarikan utama di SFV termasuk Eco Bridge, Animal Garden, Taman Arnab, Taman Rusa, Laman Itik, Rumah Kampung dan Laman Ikan serta pelbagai aktiviti sukan air. 

No Image Caption

Pengunjung turut berpeluang menikmati pengalaman menaiki tram, memberi makan haiwan, menghasilkan telur masin, memandu ATV, memetik buah-buahan dan sayur-sayuran serta menyertai aktiviti penanaman pokok. 

Artikel Berkaitan:

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Datuk Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata, Selangor Fruit Valley (SFV) menawarkan pengalaman agropelancongan yang berbeza kerana memfokuskan kepada kepuasan pelawat pada kadar yang sangat berpatutan.

"Kita ada 1,000 hektar dan  program di sini lebih mesra kepada pengunjung-pengunjung. Yang pastinya tidak boleh dilawan, harga buah-buahan lebih murah.

"Harga murah, tapi keriangan maksimum. Itu beza kita dengan yang lain," ujarnya.

No Image Caption

Salah satu lagi tarikan ialah keunikan Nangcem iaitu buah hasil cantuman nangka dan cempedak eksklusif hasil penyelidikan makmal Agriculture Center of Excellence (ACE PKPS) hanya boleh didapati di SFV. 

Uniknya, Nangcem tidak boleh dibiakkan menggunakan biji kerana ia akan tumbuh sebagai cempedak biasa menjadikannya satu-satunya produk hibrid yang hanya ada di sana.

Beberapa projek sedang berjalan memantapkan lagi SFV antaranya Kafe Vanila, Glamping dan Taman Buah Nadir.

Kafe Vanila yang bakal diwujudkan Oktober ini bagi menjana pendapatan baharu kepada ACE melalui jualan makanan, minuman dan produk berasaskan superfood seperti vanila, stevia, cavendish dan buah tin. 

No Image Caption

Glamping  pula bakal memperkukuh lokasi itu sebagai agropelancongan.  Dijangka beroperasi pada pertengahan tahun 2027, penginapan berkonsepkan kabin itu menyediakan pengalaman menginap dalam suasana alam semula jadi tanpa mengorbankan keselesaan moden. 

Tanaman buah nadir menjadikan SFV santuari buah-buahan yang semakin pupus dan sukar dijumpai dan berkongsi pengalaman memetiknya. Menghimpunkan 25 buah-buahan nadir seperti belimbing buluh, kandis burung, jentik-jentik, mentega, petai, kecepu, nona, dokong, kasai, gajus, rambai, kerdas, merlimau, sentol, keranji, salam, cermai belanda, nam-nam, kundang, keriang dot, tampoi, johor, melinjau, kembang semangkok, getah dan gaharu pada lima ekar, Taman Buah Nadir ini dijangka beroperasi pada suku pertama tahun 2027.

No Image Caption

Pakej guided orchard tour akan disediakan untuk memberi penerangan interaktif tentang pemuliharaan spesies tempatan selain membeli produk hiliran seperti jem, jus segar dan cenderamata berasaskan buah nadir. 

Difahamkan, sepanjang tahun lalu, SFV merekodkan hasil sebanyak RM7 juta daripada aktiviti pertanian, agropelancongan dan penyertaan usahawan, selain mencatat keuntungan RM1.5 juta.

Dalam pada itu, menurut Mohamad Khairil, SFV bukan sahaja menjadi lokasi agropelancongan, malah menjadi hub memikul mandat besar sebagai pusat sekuriti makanan negeri.

Antara inisiatif utama yang sedang dilaksanakan ialah pembangunan Gudang Makanan Selangor, yang berupaya membekalkan makanan selama tiga bulan sekiranya berlaku gangguan akibat bencana atau krisis.

"Jika berlaku apa-apa bencana atau bekalan makanan dari luar negara terputus, rakyat Selangor mempunyai persediaan bekalan makanan sehingga tiga bulan," ujarnya.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang