Alhamdulillah! 23 aktivis Global Sumud Flotilla Malaysia tiba di Turkiye
SERAMAI 23 orang aktivis Malaysia yang diculik rejim Zionis Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, sudah dibebaskan dan akan ke Turkiye.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran di Facebook.

"Syukur Alhamdulillah.
"Kesemua 23 rakyat Malaysia yang ditahan telah pun berlepas sebentar tadi menaiki pesawat khas kerajaan Turkiye TK6921 dari Ramon Airport, Israel.
"Kedutaan Malaysia di Ankara dan pejabat Consulate General di Istanbul akan menguruskan kediaman mereka untuk bermalam di Istanbul sebelum balik ke tanah air, insya-ALLAH," titipnya.
Anggaran waktu ketibaan di Istanbul adalah pada jam 3.40 petang (8.40 malam waktu Malaysia).

Dalam pada itu, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada pucuk pimpinan kedua buah negara yang membantu proses yang pembebasan.

"Terima kasih banyak-banyak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye, Racep Erdogan," titipnya.

Sementara itu, dalam perkembangan terbaharu, kesemuanya mereka dilaporkan selamat tiba jam 8.40 malam Waktu Malaysia di Istanbul, Turkiye.
Kesemua mereka diuruskan pihak Kedutaan Malaysia di Turkiye dan Wisma Putra serta Kerajaan Turkiye.
Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Centre (SNCC), Datuk Sani Araby Al-Kahery, mereka akan bermalam di Istanbul di Bawah jemputan dan tajaan Kerajaan Turkiye sebelum dibawa pulang melalui penerbangan Turkish Airlines.
Terdahulu, 23 sukarelawan Malaysia yabg ditahan dipaksa melutut dengan tangan diikat menggunakan tali zip nilon (zip tie) selama sekurang-kurangnya lima jam selepas ditahan oleh tentera Isr4el.
Laungan 'Free P4lestine' oleh sukarelawan menyebabkan pasukan bersenjata rejim Zi0nis bertindak ganas terhadap mereka.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
