MEMEGANG tanggungjawab sebagai seorang askar bukan mudah. Bukan sahaja nyawa, bahkan masa bersama keluarga perlu dikorbankan demi keamanan dan kesejahteraan negara.

Ini yang dilalui seorang lelaki warga Indonesia apabila terpaksa berjauhan dengan isteri tercinta yang sarat mengandung tujuh bulan.

Menerusi perkongsian video di khsport44 TikTok memaparkan perjalanan kehidupan mereka dari perpisahan, kelahiran dan pertemuan semula selepas lebih setahun.

Baca juga:‘Ibu terkejut, tak boleh ‘move on’.’ Anak berduet dengan Cakra Khan, Siti Sairah luah rasa terharu

“Masya-ALLAH ketika usia kehamilan isteri tujuh bulan saya tinggalkan.

“Alhamdulillah dua bulan di Ambon, isteri selamat melahirkan anak yang cantik, pandai
dan kini sudah mencapai umur setahun.

Baca juga:‘Alhamdulillah ada jasad untuk dikebumikan…’ 30 jam pencarian, Nora Elina syukur suami ditemui, ketenangan jentik hati warganet

“Betapa terkejutnya anak baru melihat ayahnya langsung takut dan menangis,” katanya.

Anggota berkenaan turut menitipkan doa kepada isteri dan anaknya yang tersayang.

“Sihat selalu ya ibunya dan anakku sayang,” ucapnya.

Baca juga:‘Selamat ulang tahun kelahiran sayang.’ Siti Nurhaliza titip ucapan istimewa buat Datuk K

Video berdurasi satu minit 46 saat itu bikin warga maya sebak melihat pengorbanan sang isteri melepaskan suami sedangkan dirinya memerlukan perhatian dan penjagaan yang rapi daripadanya.

Paling menghibakan hati ketika lelaki tersebut mencium perut sang isteri saat berpisah dan hanya dapat mengazankan melalui panggilan video.

Seterusnya, berjumpa dan menyentuh anaknya sewaktu usianya setahun.

Iklan

“Kenapa saya menangis?” kata Queen of Murun.

“Sedih rasanya tapi yang penting isterimu dan bayimu sihat,” kata Fina.

“Semoga Tuhan memberkati kamu dan keluarga, jumpa anak selepas setahun,” kata Aman Singh.

“Bikin terharu, saya menitiskan air mata,” kata salah seorang pengguna.

Iklan

Video tersebut meraih lebih 14 juta view dan 483,300 like setakat ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!