“Bagaimana ke tandas?” Aksi wanita berkuku panjang makan nasi tular
BERKUKU panjang adalah salah satu ekspresi bagi wanita mempercantikkan diri, terutamanya sejak pengilat kuku dan pelbagai perhiasan kuku diciptakan.
Pun begitu, kuku adalah salah satu lambang kebersihan diri. Selain wajah dan rambut, ia menjadi perhatian wanita untuk tampil cantik dan berkeyakinan.
Soal kebersihan kuku tidak kurang pentingnya kerana ia berkaitan dengan kebersihan. Jika mengikut sunnah dalam agama Islam, dianjurkan memotong kuku pada setiap hari Jumaat.
Baca juga: Suka simpan kuku panjang, ini bahayanya!
Baca juga: Jangkitan kulat kuku, ambil tahu tanda dan cara cegah
Malah terdapat kajian menyatakan bahawa individu wajar memotong kuku sebanyak satu atau dua kali dalam masa seminggu bertujuan memastikan kuku sentiasa berada pada kepanjangan yang ideal. Lebih-lebih lagi ia mudah menjadi tempat pengumpulan kotoran dan kuman.
Namun menerusi sebuah video tular ini seorang wanita yang juga pengguna TikTok, Dewi Yahaya ‘selamba’ mempamerkan aksi menyuap nasi menggunakan tangan.
Apa yang menarik perhatian warga maya ialah kukunya yang sangat panjang, bahkan lebih panjang daripada jarinya!
Baca juga: Suka gigit kuku petanda sakit jiwa? Selain budak, orang dewasa pun ada!
Baca juga: Esok hari terakhir potong kuku bagi yang sudah berniat
Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan meraih lebih 29 juta tontonan. Tidak hanya kuku tangan, kuku kakinya juga turut dibiarkan panjang.
Warga maya rata-rata terkesima melihat aksi wanita berkenaan dan memberikan pelbagai respons. Rata-rata mempersoalkan tentang kebersihan dan perihal bersuci.
-”Dalam Islam kita tidak boleh membiarkan kuku tidak dipotong melebihi 40 hari. Maaf jika silap, yang ini tidak tahu berapa lama tidak dipotong.”
-”Bagaimana untuk berwuduk untuk solat?”
-”Bagaimana lah agaknya pengurusan dirinya seharian, kenapalah menyusahkan diri dengan keadaan begini?”
-Cuma ingin mengingatkan kuku itu banyak sekali bakteria yang menempel. Kalau pun mahu simpan panjang, makan gunakan sudu dan gapu lebih bagus.”
Baca juga: Berhenti kongsi pengetip kuku! Berisiko dapat banyak penyakit termasuk Hepatitis, takutnya!
Menurut seorang profesor biologi di Universiti Amerika, Jeffrey Kaplan, bahagianbawah kuku adalah tempat kebanyakan bakteria hidup.
"Semakin panjang kuku, semakin luas permukaan untuk mikroorganisma melekat. Kajian telah menemui 32 bakteria berbeza dan 28 kulat berbeza di bawah kuku,” katanya kepada USA Today.
Bakteria berkenaan boleh memasuki sistem tubuh manusia menerusi perbuatan menggaru, menggigit kuku, mengorek hidung atau menghisap jari.
Baca juga: Apabila kita tak tahu roti canai yang dimakan guna telur tak dibasuh…
Sumber: TikTok Dewi Yahaya79,USA Today
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang