Bertemu Islam ketika mencari tujuan hidup, ini kisah hijrah legenda rugbi Sonny Williams

A
A
A

KISAH penghijrahan Sonny Bill Williams, bekas bintang ragbi dan petinju heavywight New Zealand menjadi perhatian warga maya.

Pada kunjungan ke Malaysia baru-baru ini, Williams berkongsi titik tolak dirinya dikurniakan hidayah ketika berada di kemuncak kerjaya.

Dibesarkan dalam keluarga beragama Kristian, namun keinginan mencari tujuan hidup menjadi faktor pendorong yang melafazkan syahadah ketika berusia 25 tahun pada tahun 2009.

"Kemasyhuran datang semalaman Syaikh, saya sebelum itu tidak dikenali namun selepas permainan pertama saya bermain dengan sangat baik.

"Sejak itu saya menjadi perhatian. Orang ramai mahukan gambar dan autograf.

"Namun, situasi itu meletakkan saya di jalan tujuan. Saya mula membaca banyak buku self-help dan kembali ke gereja," ujarnya.

Baca juga: “Sungguh istimewa, beliau melakukannya kerana ALLAH”- Sonny Williams luah gembira isteri berhijab

Baca juga: Peluk Islam pada 2018, penyanyi legenda Sinéad O’Connor meninggal dunia pada usia 56 tahun

Sungguh ALLAH itu Maha Yang Berkuasa, figura sukan dan tokoh Muslim New Zealand yang berpengaruh itu ditakdirkan bertemu sekumpulan pemuda Muslim yang akhirnya mengundang hidayah.

"Kemudian saya bertemu dengan beberapa orang pemuda, mereka hanya duduk di kafe dalam perjalanan saya pulang setiap hari.

"Saya melihat orang Islam ini, saya berhenti dan mula belajar dan melihat mereka.

"Semua akan melepak di situ berkumpul dan mereka akan berdoa. Subhanallah saya seolah-olah terpukul. Saya mahukan apa yang mereka ada dan itulah tujuannya," ujarnya.

Baca juga:'Pemergianmu beri hikmah aku berhijrah.' Penjaga Blake peluk Islam

Baca juga: Margaret Gan peluk Islam pada usia 79 tahun, gembira Ardini Angeline Tan kini mualaf

Williams di samping isteri, Alana Raffie.

Akuinya, sejak itu hidup dilalui seolah berbelah bahagi. Lebih setahun hati dijentik Islam, Williams cuba mencari jawapan yang dicarinya dalam hidup.

"Selama 12 hingga 24 bulan saya melalui dalam dua kehidupan. Ketika saya bersama lelaki di kafe dan mereka memberitahu saya tentang Islam. Mereka mengajar saya tentang maksud Alhamdulillah, Subhanallah, Bismillah dan Astagfirullah.

"Saya belajar semua perkara itu namun dalam masa sama masih menjalani kehidupan pada hujung minggu berpesta, mengambil dadah dan sebagainya. Astagfirullah.

"Hakikat sebenarnya apa yang saya cari adalah tujuan dan Alhamdulillah selepas itu Islam tiba," ujarnya dalam klip video sedutan program kerohanian yang dimuat naik di laman sosial Instagram.

Baca juga: 'Hidayah milik ALLAH.' Peluk Islam selepas 45 tahun berkhidmat di gereja, kisah paderi ini jadi perhatian!

Ibu Williams memeluk Islam selepas kejadian tembakan rambang Christchurch 2019

Semasa ditemubual portal Now To Love beberapa tahun lalu, Williams berkongsi pendedahan pertamanya terhadap Islam bermula selepas beliau bermain di Australia bersama kelab Canterbury Bulldogs.

Setahun selepas itu, beliau melafazkan dua kalimah syahadah. Akuinya selepas memeluk Islam, pengetahuannya dalam soal agama agak terhad. Tetapi semuanya berubah seelpas menjalin persahabatan dengan sebuah keluarga penduduk tempatan berdarah Tunisia di sana. Hubungan itu yang mengukuhkan lagi kepercayaan dan membantunya mempelajari agama Islam.

Williams masih ingat tentang mereka dan berkata, “Mereka merupakan sebuah keluarga dengan empat atau lima orang anak dan mereka mempunyai rumah satu bilik dan semua memilih tidur di ruang tamu.

"Saya menghabiskan kebanyakan masa di situ… banyak masa saya tidur di atas lantai. Rasa syukur, ketenangan, kegembiraan yang wujud dalam isi rumah berkenaan… sangat indah… itulah bagaimana saya bermula mencintai Islam."

Baca  juga: Hasrat dikebumi di masjid, lelaki meninggal dunia selepas 24 jam peluk Islam

Dalam kunjungannya ke Malaysia, Williams juga tidak melepaskan peluang mengimarahkan program Solat Subuh Macam Jumaat di Masjid Putra, Putrajaya bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan selebriti Alif Satar serta 5,000 jemaah lain.

Pertama kali menyertai fenomena #GengSubuhMacamJumaat, beliau berkongsi foto dan video momen-momen berkenaan di laman sosial.

"Alhamdullilah saya benar-benar melalui detik yang mengagumkan pagi ini. Perhimpunan besar-besaran untuk solat Subuh di masjid diikuti dengan berjalan kaki/ joging yang tidak dapat dilupakan.

"Sekalung tahniah kepada @faitheventsmy dan @alifsatar, di samping para tetamu yang menjayakan majlis istimewa ini. ALLAH Maha Besar!" titipnya.

Williams pernah disenaraikan sebagai 500 orang Islam paling berpengaruh di dunia pada 2017 sebaris dengan nama-nama besar seperti Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud dan Imam Besar Masjid al-Azhar.

Sumber: Instagram sonnybillwilliams

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang