MUSIM tengkujuh di Bangladesh meragut nyawa rakyatnya saban tahun.

Dalam perkembangan terbaru,hujan lebat melanda Sri Lanka menyebabkan sekurang-kurangnya 16 orang meninggal dunia dan seorang dilaporkan hilang berikutan banjir dan tanah runtuh.

Kebanyakan mangsa mati akibat lemas dan disambar petir.

Pusat pengurusan bencana berkata lebih 5,000 orang telah dipindahkan dari kediaman mereka dan kini telah berteduh di rumah saudara-mara atau pusat pemindahan yang dikendalikan kerajaan.

Baca juga: Kontraktor salah sambung paip, 28 tahun kakitangan hospital tak sedar guna air kotor dari tandas

Bulan Oktober dan November biasanya merupakan musim monsun timur laut di Sri Lanka.

Bagaimanapun, tahun ini kadar hujan lebih tinggi daripada biasa telah dilaporkan di kebanyakan bahagian negara itu berbanding tahun lalu.

Bangladesh mempunyai banyak sungai. Justeru ia sangat terdedah kepada banjir.

Manakala kedudukannya kurang daripada lima meter di atas paras laut purata menyebabkan Bangladesh menghadapi kesan kumulatif banjir akibat air yang mengalir dari bukit berhampiran, pengumpulan aliran masuk air dari kawasan tadahan hulu di samping hujan lebat tempatan meningkat.

Iklan

Ia sekali gus menyebabkan kesesakan sistem saliran yang mencetuskan banjir saban tahun.

Baca juga: Bengang suami curang, wanita nekad upah 7 lelaki akhirnya makan diri

Baca juga: Asal Vegetarian, Peminat Risau Youtuber Mukbang Ekstrem Kini Obes, Terpaksa Pakai Alat Bantu Pernafasan 

Iklan

Baca juga: Tawaran Lebih RM4 Juta Cari Cleo Smith Hilang, Siapa Sangka Ini Kisahnya Selepas 18 Hari Ditemui

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Bloomberg

Foto: AJ+