Ibu hamil menangis mengidam makan roti buaya, mujur mak mentua sanggup buatkan
MENGIDAM semasa hamil adalah perkara biasa yang dialami oleh para ibu. Kebiasaannya mengidam dialami oleh ramai wanita pada awal-awal kehamilan. Kira-kira 50 peratus hingga 90 peratus wanita hamil akan mengalami simptom mengidam.
Wanita berbadan dua mempunyai pengalaman mengidam berbeza. Ada yang mengidam makanan manis dan ada juga yang tiba-tiba menggemari makanan tertentu walaupun sebelum ini tidak gemar atau tidak biasa memakannya. Keinginan untuk makan sesuatu makanan tidak boleh ditahan-tahan.
Tular satu video diTiktok seorang wanita hamil mengidam ingin makan 'roti buaya.’ Perkongsian video tersebut telah mencuri tumpuan ramai warga maya. Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @hesfinatia, kelihatan wanita itu sedang menangis gara-gara mengidam makan roti berbentuk buaya.
Baca juga: Ibu hamil mengidam naik kereta kebal menangis, impian akhirnya tercapai dengan bantuan ATM
Wanita ini berasa sedih kerana suaminya gagal membelikannya roti buaya seperti yang diinginkan sebaliknya membeli makanan yang lain sebagai ganti. Sebaik sahaja ibu mentuanya melihat video tersebut, beliau sanggup membuat roti buaya dengan hasil air tangannya sendiri.
Baca juga: Khairul Aming raih pujian masakkan peminat mengidam air tangannya
Baca juga: [VIDEO] Mengidam bau tar jalan, suami pasrah layan kehendak isteri sedang hamil
Bertuah sungguh wanita ini dapat menunaikan keinginannya makan roti buaya. Walaupun bentuk roti buaya itu tidak 100 peratus sama seperti buaya namun ibu hamil ini tetap gembira.
Apakah punca wanita hamil mengidam?
1. Perubahan hormon
Terdapat teori bahawa mengidam boleh berlaku disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan wanita hamil. Perubahan ini menjadikan deria bau dan rasa lebih sensitif. Ini disangka menjadi punca ibu hamil tiba-tiba menggemari makanan yang sebelum ini tidak disukai.
2. Kekurangan nutrisi
Terdapat juga teori yang menyatakan keinginan untuk makan sesuatu timbul kerana tubuh wanita hamil kekurangan zat tertentu. Sebagai contoh, wanita hamil yang mengidamkan daging merah seperti burger, boleh menjadi tanda bahawa badan mereka kekurangan protein, kalium atau natrium.
Baca juga: 'Powernya!- Hamil 28 minggu, wanita ungguli sukan lasak berhalangan raih perhatian warganet
Jika wanita hamil mengidam makanan manis seperti aiskrim strawberi, berkemungkinan tubuhnya kekurangan glukosa. Jadi, mengidam tidak selalu disebabkan oleh makanan, tetapi khasiat yang terkandung di dalam makanan tersebut.
Wajarkan situasi mengidam yang dialami oleh ibu hamil diikutkan atau diabaikan?
Terdapat mitos yang menyatakan, jika hajat wanita hamil ketika mengidam tidak kesampaian, bayi akan mengeluarkan air liur secara berterusan. Namun itu hanyalah mitos. Wanita hamil perlu mengabaikan keinginan yang boleh memberi kesan negatif kepada tubuh dan janin.
Hadkan juga keinginan untuk makan makanan berkalori dan lemak yang terlalu tinggi kerana boleh menyebabkan penambahan berat badan yang tidak normal. Ibu hamil juga disarankan untuk menggantikan makanan tidak sihat dengan makanan berkhasiat.
Baca juga: [VIDEO]Wanita hamil anak ke 2 mengidam jadi pengantin diarak keliling kampung
Sumber: TikTok hesfinatia, alodokter
Oleh: Norhasliza Mohd Shafi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang