Aktivis jual kereta untuk sertai Global Sumud Flotilla. 'Dia memilih akhirat, moga ALLAH terima kerja amalnya'

No Image Caption
A
A
A

GLOBAL Sumud Flotilla (GSF) semakin hampir dengan persisir Utara Mesir. Setiap delegasi membaca cerita dan pengorbanan yang tersendiri termasuk aktivis Abdul Rahim Azhari yang sanggup menjual kenderaannya bagi menyertai misi berkenaan.

Tular menerusi perkongsian pengguna Instagram yang juga peguam P4lestin dikenali sebagai Hani Amira.

Abdul Rahim yang juga usahawan minyak wangi dan pendakwah itu membuat pengorbanan besar dengan menjual kenderaan jenis utiliti sukan X50 demi perjuangan.

"Abdul Rahim, 33, dari Malaysia. Bapa kepada seorang anak perempuan berusia tiga tahun.

"Beliau sanggup menjual keretanya demi menyertai armada teguh ini. Beliau memilih akhirat, meninggalkan dunia ini.

No Image Caption

"Semoga ALLAH menerima pengorbanan, kesabaran dan kerja amalnya," titip Hani Amra.

Memetik mStar, Abdul Rahim berbuat demikian bagi membeli makanan asas untuk dibawa kepada rakyat G4z4 yang sedang kebuluran.

Artikel Berkaitan:

Rakyat Malaysia membanjiri ruangan komen peguam berkenaan dan mendoakan keselamatan Abdul Rahim dan keseluruhan delegasi GSF yang semakin mengampiri lokasi yang dituju.

Flotila bantuan Global Sumud ke G4z4 tiba di perairan utara Marsa Matrouh di pantai Mediterranean Mesir, menurut penganjurnya pada Ahad, lapor Agensi Anadolu (AA).

Menurut Jawatankuasa Antarabangsa bagi Membanteras Sekatan G4z4, flotila itu dijangka belayar dalam beberapa jam menuju ke perairan utara bandar Alexandria.

No Image Caption

"Kami menjangkakan Zionis melakukan jenayah perang terhadap kami pada bila-bila masa ketika kami semakin hampir dengan G4z4," menurut jawatankuasa itu menerusi kenyataan di platform media sosial X.

Dalam perkembangan berasingan, Global Sumud Flotilla memaklumkan dua kapal utama mereka, OHWAYLA dan ALL IN, kini berada hanya 366 batu nautika (678 kilometer) dari G4z4, dengan jangkaan tiba dalam tempoh tiga hingga empat hari.

"Flotila kami kini berjumlah 44 kapal, diperkuatkan dengan pelancaran dua bot baharu yang sedang belayar menyertai flotila.

"Dalam tempoh dua hari lagi, flotila ini akan memasuki zon berisiko tinggi.

"Tekad kami tidak berbelah bahagi, namun inilah saat di mana kepekaan dan solidariti global amat diperlukan," katanya.

Sumber: Bernama Anadolu, Instagram, mStar

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang