Konvoi Global Sumud Flotilla memasuki zon kuning & kian hampir ke G4z4, luahan aktivis Malaysia meruntun hati

No Image Caption
A
A
A

KONVOI misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GBF) kini sudah memasuki zon kuning iaitu zon berjaga-jaga sejauh 300 batu nautika dari pesisir G4z4.

Aktivis dan sukarelawan Farah Lee menerusi laman soisal menitipkan syukur atas doa yang dititipkan orang ramai.

"Farah hendak ucap terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus doakan kami dan beri kata-kata semangat, sebab Farah rasa asbab itulah, walaupun kami dah mula masuk ke Zon Kuning, Farah masih rasa sangat tenang sepanjang perjalanan ini sampai sekarang.".

"Mungkin juga sebab fokus Farah adalah pada G4z4, bukan diri sendiri. Cuma tidak tahu  nanti kalau ada apa-apa berlaku, baru hendak gelabah," kongsinya.

Dalam pada itu, pemilik nama Nurfarahin Romli itu juga memohon doa tidak hanya buat konvoi malah saudara di G4z4.

"Hasbunallah wa nikmal wakil. Farah minta tolong dalam pada kalian risaukan kami, tolong juga bimbang kepada mereka yang sedang ditindas bertubi-tubi di G4z4 dan rakyat lain yang perlukan suara kita sebagai wakil di seluruh dunia.

"Insya-ALLAH, kami akan sampai ke G4z4 dan pulang dengan selamat," kongsinya.

Dalam pada itu, penyanyi Zizi Kirana berkongsi pemandangan lautan dan puisi yang menyatakan kesyukuran kepada ALLAH.

Artikel Berkaitan:

Zizi atau nama penuhnya Nor Fazelah Mad Tahel juga memohon doa agar perjalanan mereka diteruskan sehingga ke destinasi.

"Di balik layar yang terbentang, ada doa umat yang mengiringi. Langit senja jingga, seolah turut tersentuh akan perjalanan ini. Ya ALLAH, Tuhan yang menggenggam tiap langkah dan niat kami,kami hanyalah hamba-Mu yang lemah, datang dengan hati yang sarat harapan dan cinta.

No Image Caption

"Jika ini jalan yang Engkau redai,maka tenangkanlah lautan yang kami rentasi,tuntunlah haluan ini menuju tanah derita dan sabar agar kami dapat menyapa saudara-saudara kami yang diuji tanpa henti, namun tetap teguh berserah.

"Lindungilah kami dalam setiap perjalanan, kuatkan tubuh dan jiwa kami dan sampaikanlah kami kepada mereka bukan sebagai tamu, tetapi sebagai saudara yang membawa doa, pelukan dan sedikit kekuatan dari tanah yang jauh.

"Wahai G4z4, engkau tidak sendiri, tunggulah kami. Dengan izin ALLAH, kami datang bukan membawa jawapan tetapi membawa kasih yang tidak pernah putus. Aaminm,"  titip Zizi.

Dalam pada itu, pengasas Cinta Salam Malaysia (CSM) Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman juga mengesahkan kapal konvoi menuju ke Gaza secara rasmi telah memasuki zon kuning.

"Selesai night watch dua jam hari ini. Ada nampak beberapa dron tapi jauh. So kita tenang tenang saja. Sikit je lagi nak sampai G. Tunggu kami datang ya saudaraku," tulisnya di Instagram.

Sementara itu, PU Rahmat juga menzahirkan kesyukuran dengan perkembangan itu.

"Ahamdulillah sudah separuh malam dan semuanya indah serta tenang.

"Semua kapal berjaya melepasi zon kuning dan kapal tentera Turkiye masih bersama kami.

"Semoga malam ini terus tenang sehingga fajar menyingsing. 1.30 pagi waktu GSF. 6.30 pagi waktu Malaysia," kongsinya.

Sekadar info, zon kuning merujuk kepada kawasan berjaga-jaga sejauh 300 batu nautika dari pesisir G4z4, manakala zon merah merupakan kawasan berisiko tinggi yang lebih hampir dengan perairan yang dikawal ketat oleh rejim Zi0nis.

GSF merentasi Laut Mediterranean membawa bantuan kemanusiaan termasuk makanan dan ubat-ubatan disertai lebih 34 rakyat Malaysia bersama aktivis antarabangsa dari pelbagai negara yang bertujuan menembusi sekatan laut Isr4el dan menghantar bantuan terus ke G4z4.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang