LAPANGAN terbang merupakan salah satu tanda kemajuan sesebuah negara. Bilangan penumpang dan penerbangan dikatakan mempunyai kaitan dengan tahap ekonomi dan pendapatan.

Oleh itu, banyak lapangan terbang dinaik taraf dan dimodenkan bagi memberi keselesaan kepada penumpang, selain menyumbang kepada ekonomi sesebuah negara.

Lapangan terbang kebiasaannya dibina di atas tanah lapang yang baru, ada juga yang dihubungkan dengan jalan utama dan stesen-stesen kereta api yang melintasi landasan dan yang paling menarik adalah dibina dari salji.

1. Lapangan Terbang Gibraltar – Gibraltar

Lapangan terbang paling ikonik di dunia, 10 yang terbaik rekaan arkitek hebat
Landasan Lapangan Terbang Gibraltar dihubungkan dengan jalan utama wilayah itu, Winston Churchill Avenue. Setiap kali kapal terbang tiba atau berlepas jalan tersebut akan ditutup.

2. Lapangan Terbang Kansai – Osaka, Jepun

Lapangan terbang paling ikonik di dunia, 10 yang terbaik rekaan arkitek hebat
Lapangan Terbang Kansai adalah lapangan terbang pesisir pantai pertama di dunia yang dibina di pulau buatan oleh arkitek Itali, Renzo Piano.

Pulau ini panjangnya empat kilometer (km) atau kira-kira 2.5 batu dan lebar 2.6 km dan mempunyai dua landasan sepanjang 3.5 km.

3. Lapangan Terbang Adolfo Suarez Madrid-Barajas

Lapangan terbang paling ikonik di dunia, 10 yang terbaik rekaan arkitek hebat
Kedudukannya kira-kira 12km dari pusat bandar Madrid. Ia dinaik taraf pada 2006 oleh arkitek Richard Rogers.

Ia menampilkan bentuk bumbung umpama ombak yang disokong rimbunan pohon bagi membolehkan cahaya masuk secara semulajadi di aras atas terminal.

Baca juga: Panda bukan lagi spesies terancam, populasi terkini melebihi 18,000

4. Lapangan Terbang Phoenix – Antartika

Lapangan terbang paling ikonik di dunia, 10 yang terbaik rekaan arkitek hebat
Phoenix Airfield, landasannya dibina dari salji yang padat, di bandar Stesen McMurdo di Antartika. Oleh kerana ia diperbuat daripada salji, landasan ini tidak boleh beroperasi pada musim panas.

5. Lapangan Terbang Cristiano Ronaldo – Santa Cruz, Madeira, Portugal

Lapangan terbang paling ikonik di dunia, 10 yang terbaik rekaan arkitek hebat
Lapangan Terbang Antarabangsa Madeira Cristiano Ronaldo, terdahulunya dikenali sebagai Lapangan Terbang Madeira, adalah sebuah lapangan terbang yang terletak di bandar Santa Cruz, Madeira, Portugal.

Sebahagian landasan ini terletak di atas lautan, terdiri daripada 180 tiang, dengan ketinggian 70 meter

6. Lapangan Terbang Macau – Taipa, Macau, China
Terminal Macau dan menara kawalan lalu lintas udara terletak di pulau Taipa, manakala landasannya dibina di atas laut yang telah ditambak menjadi tanah rata.

7. Lapangan Terbang Saba Juancho E Yrausquin – Saba, Belanda

Iklan

Lapangan terbang paling ikonik di dunia, 10 yang terbaik rekaan arkitek hebat
Lapangan Terbang Saba Juancho E Yrausquin, di pulau Saba Belanda di Caribbean. Mempunyai pemandangan yang sangat cantik dengan bukit dan tebing laut, lapangan terbang ini merupakan salah satu landasan terpendek di dunia, hanya 400 meter!

8. Lapangan Terbang Gisborne – Gisborne, New Zealand

Lapangan terbang paling ikonik di dunia, 10 yang terbaik rekaan arkitek hebat
Lapangan Terbang Gisborne adalah salah satu daripada beberapa lapangan terbang di dunia yang mempunyai landasan keretapi, Palmerston North-Gisborne Line, yang melintasi landasan utama.

9. Lapangan Terbang Princess Juliana – Saint Martin, Belanda

Lapangan terbang paling ikonik di dunia, 10 yang terbaik rekaan arkitek hebat
Lapangan Terbang Princess Juliana sangat terkenal di seluruh dunia kerana pesawat yang mendarat terpaksa terbang dengan ketinggian yang sangat rendah melintasi pantai Maho di laut Caribbean

10. Lapangan Terbang Tenzing-Hillary – Lukla, Nepal

Iklan

Lapangan terbang paling ikonik di dunia, 10 yang terbaik rekaan arkitek hebat
Lapangan terbang di Lukla popular dan dianggap sebagai lapangan terbang paling berbahaya di dunia. Selain altitude yang tinggi, lapangan terbang ini memiliki landasan yang sangat pendek di kawasan pegunungan dan terdedah kepada perubahan pandangan.

Baca juga: Jumlah vaksinasi makin meningkat, beberapa negara mula buka sempadan

Kapal terbang merupakan salah satu kenderaan yang memerlukan pengendalian yang berkemahiran tinggi. Sedikit kelekaan atau kesilapan boleh menyebabkab kemalangan yang mampu mengorbankan nyawa kesemua penumpang di dalamnya.

Kepelbagaian seni bina landasan lapangan terbang di dunia ini bukan sahaja penuh ciri senibina, namun mendedahkan pelbagai risiko.  Namun, tidak semua membahayakan kerana ada ia juga yang menjadi ikon sesebuah negara.

Baca juga: 8 mitos unik Turki ketika naik kapal. Bersiul penyebab ribut, arnab jelmaan syaitan