‘Mamah, jangan tinggalkan aku…’ Budak 7 tahun mangsa liwat masih trauma dan ketakutan, suspek masih bebas

No Image Caption
A
A
A

HATI ibu manalah tak hancur bila melihat anak kandung sendiri menjadi mangsa keganasan seksual dan hidup dalam keadaan trauma melampau.

Lagi sakit hati, pemangsa merupakan budak hingusan yang berusia sembilan tahun dan juga rakan sepermainan anaknya sendiri.

Lapor Kumparan News, mangsa merupakan budak lelaki berumur tujuh tahun yang menetap di Kompleks Perumahan Pejuang, Medan Satria, Kota Bekasi, Jawa Barat, Indonesia.

No Image Caption



Nak dijadikan cerita, budak malang itu diliwat oleh suspek bawah umur tersebut dengan ugutan di tembok sempadan taman perumahan berkenaan.

Artikel Berkaitan:


Menurut kenyataan ibu mangsa, anaknya diugut akan dipukul jika melawan dan menolak permintaannya, malah kejadian terkutuk itu berlaku bukan sekali.

“Anak cerita, semua kejadian itu berlaku di hadapan kawan-kawan yang lain dan bila anak menjerit kesakitan, ada rakan tegur suspek untuk berhenti tapi tak diendahkan.

No Image Caption



“Benda ini kantoi bila si abang mengadu dekat saya. Bila saya tanya si anak, dia mengakui dan pelaku dah dua kali buat benda ini,” ceritanya kepada media.

Berang dengan kejadian itu, wanita tersebut kemudiannya membuat laporan polis di Polis Metro Kota Bekasi.

Namun, beliau mendakwa aduan berkenaan dipandang sepi kerana tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak tersebut.

No Image Caption



Enggan berdiam diri dan tidak mahu hal berkenaan dipandang remeh, si ibu kemudian mengambil keputusan untuk jumpa depan-depan dengan suspek di rumahnya.
 

Lagi membuatkannya kecewa dan panas hati apabila keluarga si pelaku tidak mempedulikan kejadian itu.

“Bila saya tanya terus kepada si suspek mengapa dia buat benda ini dekat anak saya, dengan rasa tak bersalah dia jawab sebab sedap,” katanya bengang.

Sembilan mangsa

Lebih mengejutkan, bukan anaknya seorang menjadi mangsa liwat, malah sembilan lagi kanak-kanak di luar kompleks perumahan itu antara yang menjadi korban.

No Image Caption



“Pada mulanya, saya dapat maklumat hanya empat orang je mangsa selain anak saya, tapi sekarang ini sudah bertambah jadi sembilan orang. 

“Siapa lagi kami nak mengadu bila aduan dipandang ringan? Sekarang ini anak masih trauma, sering menangis seorang diri dan ketakutan nak keluar rumah,” katanya.

Selain mengalami kecederaan, mangsa juga hanya berkurung di rumah saja apabila pemangsa masih berkeliaran dan bebas bermain di kawasan kejiranan.

No Image Caption



Paling membuatkan hati si ibu luluh apabila si anak merintih supaya tidak meninggalkannya seorang diri.

“Setiap kali menangis, anak selalu cakap mamah jangan tinggalkan aku ya gara-gara masih takut kejadian itu berulang lagi,” tambahnya.

Ya ALLAH kejamnya, kecil-kecil lagi dah buat onar!

Peliknya sampai sekarang masih tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa. Moga ada keadilan buat mangsa.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang