Tragis! Ribuan hilang tempat tinggal, New Zealand dilanda Taufan Gabrielle, 7 info berkaitan

TAUFAN Gabrielle melanda New Zealand menyebabkan ribuan mangsa kehilangan tempat berteduh dan meragut nyawa beberapa penduduk.

Dilaporkan Taufan Gabrielle terbentuk di luar pantai timur laut Australia iaitu di Laut Karang pada 8 Februari lalu, sebelum melanda Pasifik Selatan.

Ia melanda pantai utara New Zealand pada Ahad lalu yang membawa angin ribut 140 kilometer sejam dengan hujan 20 sentimeter dalam tempoh 24 jam dan ombak setinggi 11 meter.

Kini, kerja-kerja pemulihan mula digerakkan di New Zealand, selepas taufan Gabrielle semakin lemah dan bergerak menjauhi kepulauan itu.

Baca juga Gempa bumi Turkiye, Syria 7.8 magnitud setara kekuatan 32 bom atom, doktor Malaysia kongsi pengalaman

Kredit foto: NDTV

Menurut laporan media tempatan, berikut 7 info kejadian;

1. Lebih tiga perempat daripada lima juta penduduk New Zealand tinggal di North Island, di mana ribut itu membadai.

2. Perdana Menteri, Chris Hipkins berkata, kerajaan menganggap fenomena alam itu sebagai peristiwa yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

2. Ia adalah malam yang besar untuk warga New Zealand. Banyak keluarga yang berpindah, banyak rumah tidak mempunyai bekalan elektrik. Terdapat kerosakan yang meluas di seluruh negara.

3. Kejadian itu merupakan kali ketiga New Zealand mengisytiharkan darurat selepas serangan Christchurch 2019 dan pandemik Covid-19.

Iklan

4. Jalan raya dimusnahkan oleh tanah runtuh, rumah tertimbus dalam lumpur, kelodak dan sisa-sisa ribut yang dahsyat.

Kredit foto: BBC

5. Pokok tumbang memutuskan talian elektrik dan air banjir menghalang beberapa jalan menyebabkan masyarakat di seluruh utara negara itu terkandas.

6. Ada yang terpaksa berenang dari rumah mereka ke tempat selamat manakala yang lain mengharungi air ribut dengan berjalan kaki.

Baca juga Tenangkan adik tersepit bawah runtuhan gempa bumi, kakak sanggup jadi hamba, ini kronologi kisah sebenar

Iklan
Kredit foto: BBC
Kredit foto: BBC
Kredit foto: BBC

7. Seorang penduduk komuniti Pantai Muriwai, Jane Scott berkata, pada tengah malam, dia mendapat teks kecemasan dari agensi kerajaan yang mengatakan kosongkan kediaman. Lalu, dia mengumpulkan beberapa barang keperluan sebelum mencari tempat perlindungan di pusat komuniti setempat. Ujarnya, ia gelap gulita dan hujan lebat, ia sangat menakutkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.