Wanita negara ini 'digemukkan' secara paksa untuk berkahwin, yang berisi digilai dan paling laku
TUBUH yang berisi menjadi penanda aras kecantikan dan feminin di Mauritania. Gadis-gadisnya dihantar untuk 'digemukkan' sebelum perkahwinan mereka berlangsung.
Wanita bertubuh besar sangat popular di sana. Gadis-gadis muda dihantar di bawah jagaan pihak tertentu untuk diberi makan secara paksa.
Seawal usia lima tahun gadis-gadis itu telah dihantar ke tempat terpencil untuk melakukan amalan leblouh iaitu makan secara intensif.
Baca juga: Bandar miliki kembar paling ramai di dunia, saintis syak makanan wanita jadi punca
Tijanniya, 14, gadis dari bandar Atar di negara Barat Mauritania bersarapan bersama lima rakan lain yang berumur tujuh hingga 12 tahun di pondok sempit jauh di Gurun Sahara.
Perutnya sudah kenyang selepas bersarapan susu kambing dan couscous berminyak dalam kuantiti yang banyak tetapi hidangannya belum selesai.
Hidangan seterusnya yang perlu diambil ialah satu pain millet yang ditumbuk dan dicampur dengan air. Tijanniya terpaksa menelan bubur pekat itu, dia tiada pilihan.
Seorang wanita tua berjubah merah jambu mengancam akan memukulnya dengan rotan panjang jika enggan. Lebih teruk, jika termuntah, wanita itu akan membuatnya memakan muntahnya sendiri.
"Matlamatnya adalah untuk memberi mereka makan sehingga badan mereka membesar seperti belon," kata wanita yang menjaga kumpulan gadis itu.
Tradisi Mauritania berpendapat bahawa lapisan lemak pada wanita adalah simbol kecantikan. Bagi orang Moor purba, isteri yang gemuk adalah simbol kekayaan seorang lelaki sekali gus membuktikan dia mempunyai kekayaan yang cukup untuk memberinya makan.
Walaupun leblouh tidak pernah diharamkan, pada tahun 2003 kerajaan memulakan kempen memerangi penderaan kanak-kanak dan meningkatkan kesedaran tentang risiko kesihatan akibat obesiti.
Baca juga: Lain macam mewah, pengantin perempuan terpaksa pakai 60kg emas di hari perkahwinan
Dalam dokumentari Unreported World 2018, wartawan Sahar Zand menyaksikan sendiri dan berinteraksi dengan wanita Mauritania untuk mengetahui lebih lanjut tentang leblouh.
Dia menerangkan bagaimana kanak-kanak perempuan digemukkan semasa musim hujan semasa sumber makanan lebih banyak untuk mencapai sasaran kenaikan sebanyak tujuh kilogram.
"Amalan ini muncul kerana lelaki masih mendapati wanita berisi menawan. Ia adalah tarikan semula jadi," jelas Seyid Ould Seyid, seorang wartawan lelaki Mauritania.
Wanita yang bertanggungjawab memberi makan atau dengan kata lain 'menggemukkan' gadis-gadis di bawah jagaannya memperoleh pendapatan bersamaan AS$155 untuk setiap seorang dalam tempoh tiga bulan.
Antara sajian yang diberikan ialah kurma dan kacang tanah yang telah dihancurkan dengan couscous dan minyak. Ia dibentuk menjadi bebola bersaiz telur kira-kira 300 kalori setiap satu.
Baca juga: Empat hari beristerikan ‘rice cooker,’ lelaki akhirnya bercerai
Setiap gadis perlu memakan bebola tersebut sebanyak 40 biji sehari bersama dengan 12 pain susu kambing dan bubur menjadikan total pengambilan makanan harian mereka 14,000 hingga 16,000 kalori.
Ia jauh lebih tinggi dari yang diperlukan untuk seorang gadis berusia 12 tahun iaitu purata 1,500 kalori. Bahkan ahli bina badan lelaki dewasa sekali pun hanya makan sehingga 4,000 kalori sahaja.
Kebimbangan lain ialah leblouh dikaitkan dengan perkahwinan kanak-kanak. Kebanyakan gadis di sana berkahwin pada umur 12 hingga 14 tahun.
"Meningkatkan saiz seorang gadis mewujudkan ilusi bahawa dia matang secara fizikal dan sudah bersedia untuk bersuami," kata Aminetou Moctar, aktivis yang menentang amalan leblouh.
Menurutnya terdapat beberapa farmasi yang menjual ubat-ubatan secara haram. Dalam keadaan terdesak, ada yang sanggup memberikan hormon yang digunakan untuk menggemukkan unta dan ayam dan steroid.
Kajian yang dijalankan mendapati amalan itu memberikan impak buruk kepada masa depan wanita di sana.
"Kesan jangka panjang lain obesiti termasuk hipertensi, kolesterol tinggi, strok, osteoarthritis, kesihatan mental yang lemah, mobiliti menurun, gangguan tidur apnea dan kanser.
"Disebabkan oleh leblouh, kebimbangan kesihatan negara ini memberi kesan yang tidak seimbang kepada wanita. Sehingga 2016, 18.5 peratus wanita Mauritania mengalami obesiti berbanding hanya 6.6 peratus lelaki," kata Dr Dr. Mohammed Ould Madene yang bimbang risiko wanita diabetes dan penyakit jantung.
Beliau berkongsi pengalaman pernah menerima pesakit perempuan obes berusia 14 tahun yang mengalami kegagalan jantung.
Demikian ragam manusia, lain tempat lain adat, budaya dan tarikannya. Pelik tetapi benar, jika di tempat kita ramai yang obses dengan kurus dan langsing, di sana wanita berisi pula yang menjadi beauty standard dan dikejar-kejar.
Baca juga: Aneh, wanita tidak tidur 40 tahun, kali terakhir lelapkan mata umur 5 tahun
Sumber: Marie Claire, Harvard International Review
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang