SELALUNYA apabila nak buat mi rebus, kari dan sup, mi akan dicelur dahulu sebelum sedia digunakan. Tapi masalahnya, mi yang dicelur itu melekat selepas ditoskan. Ini menyebabkan tekstur mi tidak sempurna seperti diinginkan.

Jangan risau, untuk menangani masalah ini anda boleh cuba tip ini.

1. Gaulkan dengan minyak

Selepas mi ditoskan, masukkan satu atau dua sudu minyak sayur dan sebaiknya minyak zaitun. Kemudian gaul rata, cara ini menghindari mi daripada melekat .

2. Tambah minyak dalam air rebusan

Ini cara paling mudah, anda hanya perlu masukkan satu atau dua sudu makan minyak sayur atau zaitun dalam air rebusan. Apabila air mendidih, masukkan mi. Kacau rata dan mi tidak akan melekat selepas ia ditoskan.

Iklan

3. Gaulkan dengan perencah

Anda boleh cuba kaedah ini, panaskan satu sudu minyak masak, tumis dua ulas bawang putih yang dititik . Kemudian tambahkan satu sudu makan sos tiram dan sedikit air. Seterusnya masukkan mi, gaul rata sambil pisahkan mi yang melekat.

Iklan

Selamat mencuba.

PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: CANVA, UNSPLASH