5 cara jimat hilangkan bau peti sejuk busuk dan hapak guna bahan dapur, mudah dan praktikal
PETI sejuk merupakan tempat menyimpan pelbagai jenis makanan terutama yang tidak mempunyai jangka hayat yang lama. Menyimpan makanan di dalamnya membantu meminimumkan makanan menjadi basi, tercemar dan rosak.
Makanan boleh disimpan dalam peti sejuk di ruang dingin (chiller) dan juga diruang sejuk beku (freezer). Maka sebab itulah amat penting untuk kita sentiasa memantau dan membersihkan peti sejuk agar kebersihan peti sejuk kekal terjaga sepanjang masa.
Makanan yang sudah tamat tempoh, perlu segera dibuang bagi mengelakkan bau busuk memenuhi ruang peralatan elektrik itu. Tidak dapat dinafikan bau peti sejuk yang busuk dan 'hapak' tentunya memualkan.
Baca juga: Orang kaya baru, lelaki beli peti sejuk terpakai, jumpa duit hampir RM400,000
LIMA CARA HILANGKAN BAU BUSUK DALAM PETI SEJUK
DAUN PANDAN
Gunakan khazanah semula jadi sebagai pewangi semulajadi. Ikat beberapa helai daun pandan dan letakkan sahaja dalam peti sejuk anda semalaman. Bau kurang menyenangkan bukan sahaja akan hilang, peti ais anda juga akan berbau wangi.
ROTI
Roti boleh digunakan sebagai penyerap bau yang kurang menyenangkan dalam peti sejuk. Letakkan sekeping dua roti di dalam peti sejuk dan biarkan roti itu hingga kering. Bau yang kurang menyenangkan pasti akan beransur hilang.
SERBUK PENAIK/ BAKING SODA
Tabur serbuk penaik di atas permukaan dulang / piring kecil dan masukkannya ia ke dalam peti sejuk. Kemudian tutup pintu sehingga bau busuk hilang. Selepas itu masukkan semula barang dalam peti sejuk dan letakkan juga sekotak serbuk penaik di dalamnya. Buka sedikit penutup agar ia dapat menyerap segala bau yang kurang menyenangkan.
Baca juga: 4 cara cepat defrost daging, ayam beku yang betul elak keracunan
CUKA PUTIH
Masukkan cuka putih dalam bekas terbuka dan letakkan dalam peti sejuk. Ia akan menyerap segala bau yang kurang enak dalam peti sejuk. Untuk mewangikan lagi, perahkan sebiji lemon ke dalam larutan cuka tersebut dan lap bahagian dalam peti sejuk dengan campuran kedua-dua bahan ini.
OAT
Siapa sangka oat juga boleh menyerap bauan yang tidak enak dalam peti sejuk. Masukkan sedikit oat dalam bekas dan letakkannya dalam peti sejuk. Anda pasti akan mendapati peti sejuk anda kurang berbau selepas beberapa ketika.
TIP PENGGUNAAN PETI SEJUK DENGAN CARA YANG BETUL
1.Bagi memastikan peti sejuk berfungsi dengan baik ia mesti diletakkan di tempat yang mempunyai pengaliran udara yang baik dan jauh dari sumber haba dan cahaya matahari.
2.Pastikan julat suhu diruang peti sejuk di bawah 4 darjah Celcius untuk ruang pendingin peti sejuk (chiller) dan -18 darjah Celcius hingga 0 darjah Celcius bagi ruang sejuk beku (freezer). Suhu yang lebih tinggi akan merosakkan makanan yang didinginkan dan suhu yang lebih rendah akan menyebabkan masalah pembekuan.
3.Kapasiti atau keupayaan peti sejuk hendaklah cukup besar untuk memenuhi keperluan anda. Ianya hendaklah cukup sejuk untuk menyejukkan semua bahagian makanan hinggalah ke suhu yang diingini dalam tempoh yang singkat.
Baca juga: 10 barang dapur yang tak bagus kita simpan dalam peti sejuk
4.Jangan penuhkan sesuatu ruang agar udara sejuk beredar dengan baik di dalam peti sejuk. Penyimpanan makanan yang terlalu padat dalam peti sejuk akan menyebabkan udara sejuk tidak dapat beredar dengan baik untuk menyejukkan makanan.
5.Pastikan peti sejuk ditutup dengan betul dan rapat. Periksa getah (seal) di pintu peti sejuk bagi memastikan ia masih berfungsi dengan baik.
6.Sekiranya peti sejuk tidak mempunyai sistem pencairan automatik di ruang sejuk beku (automatic defrost setting), pastikan ais dalam ruang sejuk beku tidak terlalu tebal dan sentiasa dibersihkan bagi memastikan ia berfungsi dengan efisien.
Baca juga: Nak simpan makanan dalam peti sejuk pun ada caranya
Sumber: Leha Yusuf, myhealth.gov.my
Kredit foto utama: Pexels
Oleh: Norhasliza Mohd Shafi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang