HARI ini kita sudah melangkah memasuki fasa 4 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan dinggap sebagai fasa terpenting untuk pemulihan akibat penularan wabak Covid-19.

Namun, bersediakah kita dengan norma baru pasca PKP jika ia berakhir?

Semua sedia maklum, lepasnya tamat PKP ini, akan ada lebih banyak tempat kerja dan pejabat yang akan dibuka.

Jom ketahui apakah situasi norma baru yang perlu diamalkan selepas ini di pejabat.

1. Paling penting adalah penjarakan sosial antara tempat duduk pekerja iaitu kira-kira satu meter.

2. Dalam masa yang sama, tiada perhimpunan yang akan dilaksanakan sebaliknya menggunakan medium siaraya, emel dan sebagainya.

3. Bukan itu sahaja, video conference juga sebagai norma baru yang perlu digunakan dan tiada lagi alasan hadir lewat ke meeting. Makanan dan minuman juga tidak perlu disediakan.

4. Kita juga perlu mengetahui berjabat tangan bukan lagi normal. Hanya digalakkan meletakkan tangan di dada sebagai tanda hormat dan tidak lagi bersentuhan.

5. Budaya lepak di kantin atau kafe juga lenyap. Anda boleh bungkus dan buat pesanan delivery sahaja.

Iklan

6. Begitu juga tiada lagi kesesakan di dalam lif dan di dalam pengangkutan awam seperti MRT untuk ke tempat kerja.

7. Akhir sekali, saringan di pintu masuk dan pastikan jika bergejala jangan sesekali hadir ke pejabat.

Saranan lebih baik adalah dengan kerja dari rumah namun bergantung kepada peralatan untuk menyiapkan tugasan, jika lengkap kerja dari rumah adalah lebih baik.

Iklan

Bersediakah kita dengan norma baru di tempat kerja ini?

Bersedia atau tidak, siapkan diri anda demi kebaikan bersama.

Sumber: Public Health Malaysia.