SALAH satu benda yang paling tak best bila tengah mengemas, adalah terjumpa tanda-tanda yang lipas dah mula membiak dalam rumah.

Cara kita, biasanya bila nampak lipas kita akan ambil penyembur dan sembur.

Namun jika guna di kawasan dapur atau ada anak kecil, agak tak bersesuaian. Bimbang ia akan membahayakan anak dan juga mengotori makanan.

Jangan bimbang, anda boleh guna cara semula jadi yang boleh buat lipas menjauhi rumah dan mati.

1.Daun pandan

Koyakkan atau hiris nipis daun pandan dan letakkan di kawasan yang banyak lipas seperti dalam laci atau kabinet. Lipas akan lari selepas bau daun pandan dan tak akan membiak lagi di rumah anda.

2.Buah pelaga dan kulit kayu manis

Ambil beberapa biji buah pelaga dan tumbuk sedikit dengan kulit kayu manis. Letakkan di kawasan yang tersorok dan gelap. Bau daripada bahan tersebut akan dapat menghalau lipas pergi dari situ.

3.Sabun mandi

Ambil sebuku sabun mandi, potong kiub kecil dan letakkan di sudut-sudut serta kawasan yang selalu lipas kunjungi. Biarkan dan ganti ketulan sabun baru bila sabun lama kurang berbau.

4.Lemon

Hiris nipis sebiji lemon dan letakkan di tempat gelap yang selalu ada lipas, macam kabinet atau laci.

Iklan

Selain daripada menghalau lipas, lemon juga akan menyegarkan bau kabinet dan laci anda. Ganti kepingan lemon yang baru setelah kepingan lemon lama kering.

5.Daun bay

Daun bay juga boleh digunakan untuk menghalau lipas. Ambil beberapa helai daun bay dan tumbuk hingga halus. Selepas itu, taburkan daun itu di kawasan yang ada lipas.

Iklan

6.Serai wangi

Lipas memang bencikan bau wangi! Jadi anda boleh siatkan beberapa batang serai dan letakkan di bahagian yang selalu ada lipas. Bau dari serai wangi akan memastikan yang lipas tak akan datang lagi ke situ.

Semoga dengan semua cara ini dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah lipas yang ada di rumah. Sangatlah penting untuk anda menjaga kebersihan supaya tak menarik perhatian lipas untuk datang bertandang. Selamat mencuba!

PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: ENVIROPEST