Awas Taufan Fung-Wong! Amaran cuaca buruk sembilan negeri

No Image Caption
A
A
A

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat berkaitan Taufan Fung-Wong yang dikesan berada kira-kira 129 kilometer (km) ke barat daya Vigan City, Filipina, awal pagi tadi.

Memetik laporan Bernama, menurut kenyataan MetMalaysia, berikut enam maklumat penting berkaitan fenomena ini:

1-MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan taufan itu bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 30 kilometer sejam (km/j), dengan kelajuan angin maksimum direkodkan pada 120 km/j.

2-Taufan Fung-Wong kini berada pada kedudukan latitud 17.4 darjah utara dan longitud 119.2 darjah timur, kira-kira 1,196 km ke timur laut Kudat, Sabah.

3-Keadaan tersebut boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di beberapa kawasan perairan Laut China Selatan.

No Image Caption

4-MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di beberapa negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan serta Johor sehingga 12 tengah hari ini.

5-Antara kawasan terlibat di Kedah ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu; manakala di Perak membabitkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk serta Hilir Perak.

Artikel Berkaitan:

6-Di Selangor, cuaca buruk dijangka berlaku di Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang; di Negeri Sembilan melibatkan daerah Jelebu dan Seremban; manakala di Johor membabitkan Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sekadar makluman, taufan ialah satu sistem cuaca tropika hebat yang berputar dengan kelajuan angin maksimum 118 km/j atau lebih.

Ia memiliki kelajuan maksimum yang lebih berbanding ribut tropika iaitu  antara 64 hingga 117 km/j.

Sumber: Bernama

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang