BERITA baik buat ahli Shopee Mum’s Club apabila tawaran luar biasa diberikan sempena promosi hebat My Baby My Valentine.

Kempen jualan yang berlangsung hingga 14 Februari ini menyajikan baucar potongan harga sebanyak 14 peratus hingga 95 peratus untuk hari-hari tertentu.

Buat ahli kelab, ganjaran harga lebih murah untuk jenama produk terpilih pada setiap Rabu, selain tambahan 5 peratus cashback bagi setiap pembelian.

Bukan itu sahaja, pengguna kad kredit RHB pula boleh menikmati potongan harga RM30.

Shopee My Baby My Valentine

Inilah masanya untuk menghadiahkan sesuatu kepada si kecil sempena Valentine’s Day, antaranya permainan Lego, permainan jenam Mideer dan Vtech.

Selain itu, pelbagai pilihan fesyen jenama kanak-kanak yang boleh diintai seperti Poney, Kids Polo dan United Kids. Harganya pun cukup berpatutan.

Bagi bakal ibu yang sedang mencari-cari baju bayi, jangan lepaskan tawaran Treats Under RM14 seperti romper, baju tidur, jumpsuit atau set stoking dan kasut yang comel.

Baca juga #UnboxYourLove Lazada demi menghargai pasangan, banyak promosi hebat menanti buat yang tersayang

Jenama yang disyorkan pun tidak kurang hebatnya, antaranya seperti Fiffy, QQBaby, SweetBerry, BCKL dan banyak lagi.

Untuk mereka yang ingin menjadi ahli Shopee Mum’s Club, caranya mudah sahaja.

Shopee My Baby My Valentine

Hanya perlu mengisi borang online dengan mengimbas kod QR terlebih dahulu sebelum menikmati hadiah percuma bernilai RM30 dan menebus baucar tunai dalam tempoh tujuh hari.

Shopee juga turut menawarkan Jolly Gifts For Newborns yang mana memberi lebih pilihan buat ahli kelab berbelanja dengan lebih jimat dan menguntungkan.

Seleksi botol susu jenama MAM dan Avent antara yang disarankan kepada pembeli kerana harganya lebih murah, selain lampin pakai buang jenama Drypers diselitkan sebagai hadiah istimewa.

Shopee My Baby My Valentine

Jangan lepaskan pilihan produk penjagaan kulit bayi, tisu basah, baju atau alat pengepam susu yang boleh dijadikan hadiah buat teman rapat atau adik beradik yang bakal menimang cahaya mata.

Iklan

Untuk bulan ini juga, Shopee Feb Fiesta masih berlangsung dengan tawaran The Huat Shocking Sale.

Shopee My Baby My Valentine

Antara produk viral yang menjadi tumpuan seperti Roborock S5 Max Robotic Vacuum Cleaner yang dijual separuh harga berbanding harga asal, RM2,999.

Kaki shopping boleh jimat sebanyak RM1,500 untuk pembelian robot penyedut habuk tersebut.

Selain itu, mop canggih keluaran Xiaomi tanpa wayar ini nampaknya memudahkan kerja para suri rumah apabila mampu berfungsi tiga dalam satu.

Dengan harga yang ditawarkan RM1,799 berbanding harga sebenar, RM5,999 pasti membuatkan ramai tertanya-tanya apakah kehebatan mop kayangan tersebut?

Iklan

Shopee My Baby My Valentine

Roborock DYAD U10 berfungsi sebagai penyedut dwiberus pintar yang boleh mengemop dan menyental kesan degil dengan bersih tanpa memerlukan kudrat yang kuat.

Bukan sahaja menyedut habuk, mop tersebut juga boleh membersihkan kesan minyak, air, tanah dengan serapan bersepadu dengan sempurna.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Boleh jadi harganya berpatutan dengan ciri pintar yang diperkenalkan apatah lagi mesin tersebut mampu membersihkan diri dengan sendiri selepas selesai tugas.

Jadi apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang untuk chup dan simpan di troli online anda terlebih dahulu sebelum item idaman kehabisan stok.