CEREK adalah antara kelengkapan di dapur yang kita wajib guna setiap hari. Namun, ada kalanya cerek elektrik yang terlalu lama digunakan mempunyai kesan karat air yang tidak menyenangkan. Walaupun dibasuh menggunakan span, kesan tersebut masih ada dan tidak bersih sepenuhnya.

Ada cara yang boleh dicuba bagi mengatasi masalah ini. Jangan risau, kaedah ini menggunakan bahan-bahan yang selamat dan tanpa bahan peluntur kimia berbahaya.

Hanya guna cuka dan lemon bersihkan karat pada cerek elektrik

Bahan-bahan:

  • Air – jumlahnya sehingga memenuhi paras cerek yang kotor
  • Cuka makan – jumlahnya 2/3 jumlah air

Cara-caranya:

1)Campurkan air bersama cuka. Kacau sebati.

2)Kemudian, masukkan air yang dicampur dengan cuka tadi ke dalam cerek elektrik. Didihkan dan biarkan semalaman.

3)Selepas itu, basuh dan sental guna span lembut di bahagian yang ada karat air.

4)Bilas menggunakan air bersih dan keringkan. Hasilnya, cerek anda akan kelihatan lebih bersih daripada biasa. Settle!

Selain menggunakan cuka, anda juga boleh menggunakan buah lemon! Caranya sama sahaja seperti menggunakan cuka.

Bahan-bahan:

Iklan
  • Air – jumlahnya sehingga memenuhi paras cerek yang kotor
  • 1 biji lemon – hiris

Cara-caranya:

1)Isikan air ke dalam cerek dan masukkan buah lemon.

2)Didihkan air seperti masak air biasa. Kemudian rebusan air bersama lemon selama semalaman atau beberapa jam.

3)Gosok permukaan dalam cerek dengan span lembut hingga bersih. Bilas dan keringkan.

Iklan

4)Hasilnya, cerek anda lebih bersih berbanding sebelum.

Selamat mencuba!

PENULIS: NURUL ADRIANA