'Hanya lihat lambaian sebelum hilang...' Suami pilu isteri, 2 anak maut dihanyut air deras, keterujaan menjala ikan bertukar tragedi

A
A
A

"SAYA hanya mampu melihat lambaian tangan isteri yang kemudian hilang perlahan-lahan dibawa arus."

Demikian luahan pilu, Ahmad Suriadi, 40, yang kehilangan isteri, Juliana, 38, sekelip mata dalam tragedi kepala air baru-baru ini.

Siapa sangka momen menjala bersama adalah momen terakhir buat mereka suami isteri sebelum wanita itu dihanyutkan arus deras di sebuah Saliran Longkang Monsun (Monsoon Drain) di Jalan KP 4/9 Kota Perdana, Seri Kembangan, Selangor.

Lebih menyedihkan, dalam tempoh beberapa hari menjelang Aidilfitri, lelaki itu juga kehilangan dua lagi cahaya mata termasuk anak bongsu berusia empat tahun yang mana jasadnya masih belum ditemui.

Baca juga: Tragedi kepala air, sebaknya lelaki pengsan beberapa kali hilang isteri & 3 anak sekelip mata, berikut kronologi kejadian menyayat hati

Baca juga: Tragedi kepala air di Jeram Mawar, 2 masih belum ditemui, abang sebak laung azan ikhtiar cari adik

Baca juga: Waspada kepala air di jeram & sungai berlaku sekelip mata, jangan leka beraktivti, 20 panduan elak jadi mangsa

Berikut kronologi kejadian yang menyayat hati:

1- Ahmad, 40, yang merupakan warga Indonesia berkata mereka tiba di kawasan itu kira-kira pukul 3.30 petang.

2-Mereka mula melakukan aktiviti menjala dan dalam tempoh tidak sampai sejam berjaya memperoleh hasil tangkapan yang banyak.

3-Melihat keadaan itu, Ahmad berkata isterinya berusia 38 tahun menjadi seronok  dan meneruskan aktiviti menjala walaupun dalam keadaan hujan lebat.

4- Selepas empat kali menjala, hujan mula lebat. Ahmad mengajak isterinya balik bagaimanapun wanita itu enggan.

"Ának kedua saya dah keluar hospital hari ini setelah mendapatkan rawatan lanjut. Walaupun masih trauma, dia ada bertanyakan perkembangan ibu dan adik bongsunya"- Ahmad

5-Isteri dan anaknya terus menjala manakala beliau hendak ke tepi untuk mengemas semua barang dan ikan.

6-Bagaimanapun, air tiba-tiba naik tinggi sekelip mata diikuti arus deras menyebabkan mereka berlima terjatuh ke dalam sungai dan hanyut.

7-Dalam keadaan tenggelam timbul dihanyutkan arus deras itu, Ahmad cuba mencapai tangan anak dan isterinya untuk menyelamatkan mereka, namun tidak berjaya disebabkan arus terlalu kuat selain terhalang oleh dahan pokok.

8-Katanya, beliau hanya mampu melihat lambaian tangan isteri yang kemudian hilang perlahan-lahan dibawa arus.

Baca juga: Tragedi kepala air menggerunkan, paras naik lebih 5 meter sekelip mata, 2 maut, 7 sekeluarga dikhuatiri lemas dibawa arus

Baca juga: Kepala air ragut nyawa dua pendaki di Gunung Suku, berikut kronologi kejadian

9-Selepas itu, Ahmad berenang ke tepi menyelamatkan diri dan memanggil orang ramai untuk membantu mencari ahli keluarganya

10-Ahmad dan seorang lagi anak lelakinya, Mohd Alif, 9, terselamat sebelum ditemukan orang ramai pada 5.30 petang.

11-Tragedi 20 Ramadan itu juga turut meragut nyawa anak sulungnya, Mohd Diham, 10, yang dijumpai pasukan penyelamat satu kilometer dari lokasi kejadian pukul 7 malam, iaitu kira-kira dua jam setengah selepas kejadian.

12-Jasad Juliana pula ditemukan pada 12.17 tengah hari semalam.

Anjing dari Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM iaitu Lady, Grouse turut membantu mengesan mangsa lemas

13-Mayat berkenaan di temui di Lombong D’Island berhampiran Taman Lacattage, Putra Perdana dianggarkan 10 kilometer daripada lokasi hilang.

14-Bapa yang berasal dari Lombok itu juga mengesahkan mayat yang ditemukan adalah isterinya.

15-Ahmad yang telah menetap di Malaysia sejak kira-kira 10 tahun lalu dengan melakukan kerja-kerja kontrak berharap berharap pasukan penyelamat dapat menemukan segera anak perempuan bongsunya, Riska Amelia, 4.

16-Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, mengikut keterangannya (bapa), mereka sekeluarga telah ke lokasi terbabit dua ke tiga kali untuk menjala ikan di mana hasilnya akan dijual sebagai sumber pendapatan.

17-Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang dan BBP Shah Alam dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan. Unit Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) turut terlibat dalam operasi itu.

Baca juga: Asalnya kampung, jadi sungai lepas fenomena kepala air Gunung Jerai

Baca juga: [VIDEO] Kanak-kanak terperangkap kepala air muncul tiba-tiba, bomba kongsi video menyelamat

WASPADA 10 TANDA KEPALA AIR

Kepala air adalah fenomena yang digeruni terutama bagi mereka yang menggemari aktiviti rekreasi air di jeram dan sungai.

Gelombang air dalam skala besar seperti mini tsunami ini mengalir deras dari puncak air terjun ke hulu sungai.

Ranting kayu, batang kayu, batu sungai adalah antara halangan yang akan menjadikan ia bertekanan tinggi. Apabila ‘benteng’ ini pecah, maka kepala air terbentuk.

Ia lazimnya kerap berlaku pada peralihan monsun ketika hujan lebat. Berikut langkah keselamatan yang perlu diambil.

1.Apabila sampai ke kawasan sungai, bertanya kepada orang tempatan atau peniaga di sekitar jika sungai tersebut kerap berlaku kepala air. Jika ada pengunjung biasa ke sana, mereka tentu akan mudah berkongsi lebih banyak maklumat dan tip, seperti kawasan berbahaya dan sebagainya.

2.Sebelum melangkah masuk ke sungai, lihat kawasan tebingnya. Perhatikan kesan-kesan paras ketinggian ketika air pasang. Kenal pasti dari kesan sisa daun dan ranting yang tersangkut yang kelihatan seperti satu paras garisan pada tebing sungai.

3.Sebelum memulakan aktiviti, anggarkan kedalaman sungai itu. Logiknya, jika ada spot air gelap, maka di situ parasnya agak dalam manakala batu yang gelap pula bermakna ia berlumut dan licin. Kalau boleh, pakai kasut untuk aktiviti air.

4.Apabila berada di dalam sungai, kenal pasti laluan untuk menyelamatkan diri atau escape route terdekat yang cepat dan paling tinggi untuk anda dan keluarga.

5.Semasa mandi, pastikan anda menghadap ke arah aliran air datang atau pandang ke hulu sungai supaya boleh melihat bahaya yang datang. Sama ada kepala air, haiwan dalam air yang bergerak bersama air atau kehadiran kayu-kayu tajam.

6.Sebaiknya pakai wisel di leher. Jika anda nampak bahaya, boleh meniupnya dengan kuat untuk memberi amaran kepada orang lain.

7.Pilih kawasan mandi yang membolehkan anda memandang arah air datang dengan jelas, lebih kurang 50 hingga 100 meter ke hadapan. Dengan cara ini, anda boleh melihat sekiranya ada kepala air tiba dari jauh. Elakkan daripada mandi di selekoh.

8.Jika ada anak kecil, sentiasa perhatikan mereka. Pastikan tidak berada jauh daripada anda agar boleh mereka dicapai cepat sekiranya berlaku kecemasan.

9.Jika gelap di hulu sungai, air semakin berkeladak, daun-daun dalam sungai makin banyak dan berbuih di sana sini, bermakna air semakin deras. Mungkin hujan sedang turun di kawasan bukit hulu sungai. Anda perlu bergerak naik segera.

10. Kalau boleh sediakan tali, boya atauapa sahaja yang boleh digunakan untuk menyelamatkan ahli keluarga dan orang lain. Elakkan berkhemah di tepi sungai yang sama parasnya dengan aras air sungai.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang! 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca