KEMERIAHAN kempen jualan 9.9 Shopee Super Shopping Day yang berlangsung semalam pasti membuatkan ramai kaki shopping tersenyum keriangan.

Malah, ada yang sanggup tunggu tepat jam 12 malam untuk membeli barangan idaman pada harga lebih murah dan berbaloi.

Memang jimat jika dapat membeli barangan perkakas elektrik yang jauh lebih rendah berbanding harga asal.

shopee

Malah, gajet seperti telefon pintar, komputer riba, fon telinga atau tablet juga jenama terkemuka berlumba-lumba menawarkan potongan harga gila-gila.

Pun begitu, bagi mereka yang ketinggalan untuk menikmati potongan harga luar biasa, jangan bersedih kerana Shopee masih ada tawaran menarik dan harga lebih rendah setiap hari untuk barangan terpilih.

Kempen jualan Stay Home Stay Safe #kitajagakita masih berlangsung dan banyak juga pilihan yang boleh dipilih untuk dimasukkan ke dalam troli online anda.

shopee

Bagaikan memahami keperluan masyarakat yang masih dibelenggu pandemik wabak Covid-19, Shopee menawarkan Vaccination Package bagi membantu anda kekal aktif dan sihat.

Antara barangan yang menjadi tumpuan seperti Panadol Actifast, Kool Fever, suplemen vitamin C, Brand’s Essence of Chicken, topeng pelitup muka dan herba.

shopee

Pilihan Shop By Need yang ditawarkan Shopee pun tidak kurang hebatnya kerana kaki shopping diberi kemudahan untuk mencari barangan mengikut pakej yang disediakan.

Sebagai contoh, jika anda mahu mencari barangan keperluan rumah, hanya klik pada Household Need dan semua keperluan terpapar sekelip mata. Mudahkan?

Iklan

shopee

Untuk para ibu atau bakal ibu, Shopee juga menawarkan Kaw Kaw Sale Pureen dengan potongan harga hingga 25 peratus.

Banyak juga pilihan item yang ditawarkan seperti sabun pencuci edisi terhad (RM38.80), berus pencuci botol (RM7.30) dan tisu basah.

shopee

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Selain itu, berita baik buat pengguna baharu aplikasi Shopee apabila anda bakal menikmati pelbagai ganjaran menarik.

Antaranya, kempen Shopee E-Duit yang bakal berakhir pada hari ini juga khas kepada pengguna baharu apabila ditawarkan ganjaran sebanyak RM25 di dalam akaun Shopee Pay selain baucar selamat datang bernilai RM15.

shopee

Terdapat banyak faedah lagi yang menanti. Jadi, cepat-cepat daftarkan diri sebagai pengguna aplikasi Shopee ya!