Jangan ambil remeh! Sakit mata beserta kemerahan berisiko buta, ini wanita wajib tahu
JANGAN ambil remeh jika anda atau orang sekeliling mengalami sakit mata beserta kemerahan kerana ia berisiko buta kekal.
Mata merah beserta kesakitan merupakan petanda masalah mata yang serius dan memerlukan perhatian perubatan dengan segera.
Jika rawatan ditangguhkan ia boleh menyebabkan kebutaan kekal.
Penyebab mata merah beserta kesakitan yang biasa berlaku termasuk Ulser Kornea, Glaukoma Akut dan Uveitis.
Baca juga Glaukoma boleh ‘bunuh’ penglihatan, sesiapa pun tak kira umur boleh mendapat penyakit mata ini
1. Ulser Kornea
Kornea merupakan lapisan luar dan tengah mata. Permukaan kornea adalah jernih, berbentuk kon yang meliputi bahagian hadapan mata dan membantu memfokus cahaya ke retina.
Jangkitan pada kornea berlaku apabila bakteria berjaya memasuki Kornea melalui luka atau kecederaan pada permukaan kornea.
Pengguna kanta sentuh mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat Ulser Kornea jika arahan cara pemakaian dan penjagaan tidak diikuti dengan betul.
Tanda dan gejala Ulser Kornea;
- Sakit mata yang teruk
- Mata merah
- Mata berair
- Berpasir atau berbiji
- Sensitif pada cahaya (fotofobia)
- Kabur
Bagi sesetengah pemakai kanta sentuh, Kornea mungkin akan menjadi kurang sensitif terhadap rasa sakit oleh itu pemakai hanya akan mengadu mengenai kemerahan dan rasa gangguan pada Kornea sahaja.
Ulser Kornea adalah masalah serius yang mengancam penglihatan. Sesetengah bakteria amat agresif dan boleh menembusi kornea dan menyebabkan jangkitan dalam bola mata (endophthalmitis).
Oleh itu, rawatan perubatan segera adalah amat penting.
Baca juga Banyak jenis ubat titis mata di pasaran jangan salah beli, doktor kongsi tip dan nasihat
2. Glaukoma Akut
Glaukoma jenis Akut adalah merupakan kes kecemasan bagi penyakit mata. Ia terjadi berikutan peningkatan tekanan bola mata yang mendadak disebabkan oleh masalah pengaliran cecair dari dalam ke luar mata.
Bola mata menjadi keras dan menyebabkan kesakitan yang teruk.
Tanda-tanda dan gejala Glaukoma Akut :
- Sakit mata yang mendadak
- Kabur
- Mata merah
- Sakit kepala
- Loya dan mungkin muntah
- Pandangan berpinar (kelihatan gegelang berwarna warni di keliling cahaya).
Adalah mustahak bagi pesakit Glaukoma Akut dirawat oleh doktor mata dengan segera bagi menghentikan serangan.
Kelewatan dalam rawatan boleh nmengakibatkan kehilangan penglihatan yang kekal.
Baca juga Gadis buta sebelah mata ditumbuk pembuli gara-gara selamatkan remaja OKU. Ini kisahnya
3. Uveitis
Uveitis adalah sekumpulan penyakit radang okular yang melibatkan lapisan dalam mata seperti iris, badan siliari dan koroid.
Sebahagian kes Uveitis tidak diketahui sebabnya manakala sebahagian lagi adalah disebabkan penyakit sistemik seperti Rheumatoid arthritis (radang sendi), jangkitan kuman dan juga barah.
Uveitis boleh melibatkan satu atau kedua belah mata. Ia tidak berjangkit. Mata atau kedua-dua mata.
Mata merah pada Uveitis selalunya merupakan tompokan merah yang mengelilingi kornea.
Tanda-tanda dan gejala Uveitis:
- Sakit mata
- Sensitif pada cahaya (fotofobia)
- Kabur
- Mata merah (selalunya kemerahan sekeliling kornea)
- Kadang kala megalami floaters (kelihatan bayangan terapung di hadapan mata yang sakit).
Pakar mata boleh mendiagnos Uveitis dengan melakukan pemeriksaan teliti menggunakan peralatan khas seperti lampu celah (slit lamp).
Uveitis memerlukan rawatan yang betul dan rawatan ulangan. Dalam kes Uveitis yang berulang dan melibatkan kedua belah mata, kemungkinan berkaitan dengan penyakit sistemik.
Oleh itu penyiasatan (ujian darah dan x-ray) perlu dilakukan bagi mencari punca penyakit agar rawatan yang tepat dapat diberikan.
Kelewatan rawatan boleh menyebabkan komplikasi seperti katarak dan glaukoma.
Sumber : Portal Rasmi MyHealth
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang